Teluk Senangin lagi…

2 minggu lepas, suami bercadang untuk pergi berkelah selepas sesi fisioterapi Aiman bersama Dr Wan….Idea yang cukup bagus, memandangkan kami tidak ke mana cuti sekolah kali ini..kasihan juga pada Aina dan Alya….jadi kami mengajak Mak Teh Aiman dan anak2nya, Pak Long bersama famili (tetapi tidak dapat turut serta) juga rakan Supermum, Rafidah dan famili yang akan turut membawa Janna untuk  fisioterapi.

Dari subuh Sabtu lepas, kak Ana dah sibuk menyiapkan bekalan….sempat juga kak Ana memberi bekal 2 karipap gajah untuk bekalan semasa menunggu giliran fisio Aiman nanti… 

Lepas sahaja fisioterapi Aiman, terus kami bergerak menuju Pantai Teluk Senangin….kurang setengah jam perjalanan dari Kampung Setiawan…Sengaja kami memilih Pantai Teluk Senangin….kerana pantainya yang lebih cantik berbanding Pantai di Teluk Batik…tambahan pula di Teluk Batik, pengunjung terlalu ramai….lagi2 di musim cuti sekolah ini…..

Sampai sahaja, suami terus mencari tempat berkelah sebelum memunggah barang2 dan bekalan, sementara menunggu Mak Teh dan Rafidah sekeluarga sampai..

Kami membeli roti canai dan nasi lemak ikan yang ‘popular’ di Kampung Setiawan….Rafidah pula menaja ‘Sausage roll’ dan donut yang comel..seperti tuannya juga..he..he…Mak Teh dengan bihun goreng, karipap gajah dan rojak…Karipap gajah dibuat khas atas permintaan Rafidah…karipap turun-temurun famili Tok Yam & Tok Li….Punya terkejut Rafidah bila mula2 tengok saiz karipap gajah..macam saya juga masa dulu-dulu…

Sambil makan-makan melihat anak2 bermain di pantai…..Cukup teruja 3 beradik, Qila dan Azim..juga Ijat dan Janna…Oopps..seorang lagi tertinggal..tentunya suami yang membawa Aiman..mandi2 manda di pantai…bermain, ketawa dan merajuk juga….

Sempat juga mereka menaiki ‘Banana Boat’….Alya siap tarik muka sekejap sebab tak dapat menaiki ‘Banana Boat’….Aiman pula tertidur keletihan..bangun tidur, terus suami bawa lagi ke dalam air….

Seronoknya berkelah kali ini…..Terapi minda, terapi jiwa, terapi perut juga…walau 3 beradik terutamanya Alya berubah  ‘berkilat’…Cukup gembira dapat berkelah beramai-ramai…

Lepas ni suami bercadang tiap kali pergi ke Setiawan untuk sesi fisioterapi, kena singgah ke pantai sebelum pulang….terapi air untuk Aiman lagi!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: