Ke mana tumpahnya kuah…

Pagi tadi bersama 3 beradik menonton ‘Japanese movie -A Tale of Mari & Three Puppies’ yang disiarkan di TV3….Kisah yang cukup menyentuh hati …

Kisah benar seekor anjing bernama Mari yang mencari pertolongan untuk tuannya semasa gempa bumi melanda  Yamakoshi pada 2004…ditinggalkan pasukan penyelamat kerana kesuntukan masa untuk membawa tuannya ke hospital…Di akhir cerita, Mari dan 3 ekor anaknya berjaya ditemui semula oleh cucu tuannya…

Nak tahu apa terjadi pada 2 beradik semasa menonton kisah ini….Sob,sob, sob…..menangis dari awal hingga habis…Paling tidak tahan bila melihat  Super Alya yang menangis teresak-esak….Super Alya sampai tak mahu bermain dengan anak jiran yang datang untuk sesi latihan Aiman seperti selalu…Aina pula macam biasa mengalir air mata dalam diam..Aiman pula punya suka tengok Mari dan meniru suara  ‘Oouh, oouh’…macam suara Mari menyalak…!! Lucu pun ada, terharu pun ada…macam2 keletah 3 beradik menghayati kisah Mari…

Dan saya….Emmmm…cukup sebak, tetapi ala-ala menahan dari dilihat 2 beradik walau hampir-hampir juga menitis airmata…sementelah sibuk dengan aktiviti bersama Aiman….Tapi yang pasti, 2 beradik mewarisi  sikap saya yang amat mudah tersentuh dan menangis bila menonton kisah-kisah sedih ….Ke mana tumpah kuah kalau tidak ke nasi….bikin saya tersenyum!!

http://en.wikipedia.org/wiki/A_Tale_of_Mari_and_Three_Puppies

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: