Terapi lagi…Ehmmm!!

Emm..rasanya dah lama kami tidak benar-benar keluar bersantai sejak sibuk dengan terapi Aiman…Hinggakan pada Jumaat lepas saya berasa agak ‘stress’ hingga tidak sedar masuk ke rumah tanpa mematikan enjin kereta…

Saya idamkan percutian…Namun pada masa ini, ia sesuatu yang agak mustahil…Dengan jadual terapi Aiman yang padat, pelaburan demi pelaburan untuk Aiman Si Hebat CP dan masa yang terhad…berkorban untuk sebuah percutian ideal bukan pilihan terbaik bagi kami..dan saya cukup akur…

Jadi, selepas ke Setiawan untuk sesi fisio bersama Dr Wan, kami singgah sebentar ke Pantai Remis untuk sesi beli belah dan rawatan pergigian suami….Nak tahu, saya juga memilih Klinik Pergigian Low untuk rawatan pergigian..Mengapa?? kerana caj rawatannya amat berpatutan dengan servis yang terbaik..!! Jadi tidak hairanlah jika klinik milik pasangan suami isteri ini sering menjadi tumpuan ramai…..memang ramai…walaupun terpaksa menunggu 2-4 jam, masih ramai yang sabar menanti khidmat mereka…Sementara menunggu giliran suami, kami ke Billion..apalagi ‘shopping time’ sudah tiba!! Tak lupa ke kedai borong serbaneka membeli hadiah-hadiah kecil untuk Hari Guru…Lucunya, dari satu hadiah terus Aina dan Alya ‘demand’ nak beri kepada semua guru mereka….!!

Dari Pantai Remis ke Pulau Pinang..Kali ni untuk membeli ‘shaver’ suami yang dirosakkan oleh saya tanpa sengaja…..Juga membawa ‘support bath’ yang dipesan untuk Isya,anak istimewa seperti Aiman….

Niat di hati ingin makan-makan di Padang Kota…selepas itu ke tepi laut…Tetapi suami mencadangkan kami mencuba pula di Padang Brown..Kata suami ramai yang kata sedap di sana….Di Padang Brown kami mencuba Mee goreng dan pasembur Mohabath, laksa Penang juga air kacang soya yang cukup mantop….Semasa makan dalam keadaan yang cukup santai…rasa hilang sedikit tekanan….dan tiba-tiba teringat momen-momen santai waktu dahulu…!!

Sudah kenyang apalagi masa pulang ke rumah….walau penat, perjalanan kali ini dirasa juga seperti terapi jiwa bagi saya….Esok hari baru menjelang lagi dengan rutin yang masih berjalan seperti biasa…walaupun akan kembali sibuk..cukuplah sesekali dapat bersantai…bersama seisi keluarga…ia masih momen yang manis, dan kami amat menghargainya!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: