Aiman @ Penang Hyperbaric Center (Part 1)

Hari Jumaat lepas, ialah hari ke-15 Aiman menjalani rawatan ‘Hyperbaric Oxygen Therapy-HBOT’ di Penang Hyperbaric Centre…Kami mengorak selangkah lagi dalam usaha memberi yang terbaik untuk pemulihan Aiman….

Sudah agak lama saya mengetahui tentang rawatan ini…bukan tidak ingin mencuba sebelum ini..tetapi kurang penelitian dalam info, tambahan pula dengan kos rawatan yang agak tinggi..saya pendamkan sahaja..

Tetapi hati mula berdetik bila membaca pengalaman-pengalaman positif kawan-kawan yang telah mencuba rawatan ini untuk anak-anak Cerebral Palsy mereka…Membaca buku ..”The Oxygen Revolution: Hyperbaric Oxygen Therapy: The Groundbreaking New Treatment for Stroke, Alzheimer’s, Parkinson’s, Arthritis, Autism, Learning Disabilities and More” ,membuka lembaran baru bagi saya mendapat info yang lebih tepat…buku yang disalin oleh seorang kawan, mendedahkan saya tentang HBOT yang sebenarnya..yang telah terbukti keberkesanannya bukan sekadar teori atau suatu pertaruhan yang tidak pasti…

Bila Dr Sham berpendapat mungkin berat badan Aiman tidak bertambah kerana kemungkinan sistem tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik dek oksigen yang masih kurang dalam badannya…saya dan suami mula ‘membuka mata’ seluas-luasnya tentang HBOT….

Apa itu HBOT?? HBOT melibatkan mekanisma “hyper” (tinggi) dan “baric” (tekanan udara), iaitu applikasi oksigen sebagai sebagai agen terapeutik….Ia satu kaedah pemulihan di mana para pesakit bernafas di dalam oksigen tulen 100% pada tekanan dan dilakukan di dalam ‘pressurized hyperbaric chamber’. Di dalam tekanan yang tinggi, gas oksigen mampu menembusi ke dalam bahagian badan yang mengalami kekurangan oksigen. Kesannya, sejumlah besar gas oksigen mampu dilarutkan ke dalam darah dan tisu di mana ia akan meningkatkan kadar metabolisme badan dan memperbaiki tisu-tisu yang cedera/rosak akibat penyakit atau kecederaan.

Sebelum Aiman menerima rawatan di sini, saya menghubungi En. Yusof, pegawai yang bertugas untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut termasuk caj yang dikenakan…En. Yusof cukup peramah dalam memberi segala info yang berkaitan…Jelas beliau, kombinasi HBOT dan fisioterapi adalah kombinasi terbaik..Tanpa fisio, HBOT tidak akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak Cerebral Palsy…Selepas berbincang dengan suami secara serius…tentang pelaburan yang kami akan keluarkan iaitu RM 8,000 untuk 40 sesi rawatan dan komitmen kami…Akhirnya kami tahu, sudah tiba masanya untuk Aiman mencuba….

10 April 2012, kami membawa Aiman untuk sesi HBOT yang pertama…Cukup teruja dan berdebar-debar semasa masuk ke dalam ‘chamber’ buat kali pertama…Saya dimestikan memakai pakaian kapas yang disediakan oleh mereka…Dan Aiman juga perlu dipakaikan dengan pakaian dari kain kapas…Larangan untuk pemakaian produk yang berasaskan minyak seperti lipstik dan minyak rambut juga aksesori lain seperti barang kemas, jam, telefon bimbit untuk dipakai atau dibawa semasa masuk ke dalam ‘chamber’. Segala barangan yang memungkinkan berlakunya ‘spark’ dilarang dibawa masuk memandangkan keadaan dalam ‘chamber’ yang penuh dengan gas oksigen…berisiko tinggi untuk mengalami kebakaran!! Di dalam ‘chamber’ kami dibenarkan untuk menikmati snek dan air mineral sambil menonton CD yang dapat dilihat dengan jelas melalui tingkap ‘chamber’…

Allah lebih mengetahui…Sesi pertama HBOT, saya pulang dengan perasaan yang begitu sedih…hampa dan kecewa….Baru 10 minit dalam ‘chamber’ semasa tekanan oksigen ditingkatkan sedikit demi sedikit..dan pada kedalaman 6 kaki sahaja, saya mengalami barotrauma yang menyebabkan dalam telinga menjadi begitu sakit…Sesi terpaksa ditamatkan kerana bimbang dalam telinga saya mungkin luka…dan ia memang benar-benar luka sebenarnya… kesan daripada tekanan yang tinggi…

Saya menahan air mata dari tumpah di hadapan En Yusof dan petugas di situ…..Dalam perjalanan pulang saya menangis….Pertama kali saya benar-benar berasa amat bersalah tidak dapat membantu Aiman…suami cuba memujuk….tetapi kesedihan saya mengatasi segala-galanya..Sepanjang perjalanan pulang saya tidak berhenti berfikir, apa yang perlu saya lakukan selepas ini…menyelesaikan penyebab utama saya gagal…saya tidak mahu mengalah….jika ibu-ibu lain yang pernah melalui rawatan ini dan berjaya, mengapa tidak saya…Sudah cukup untuk menaikkan semangat saya kembali..!!

Petang itu, kami ke klinik Pakar ENT…Dr Goh memberitahu saya mengidap resdung yang tidak serius, tetapi keadaan itulah juga yang membuatkan saya gagal untuk menemani Aiman bagi meneruskan rawatan…Tidak memberi harapan tinggi, Dr Goh memberi set ubatan dan nasal spray untuk saya mencuba….Petang itu juga saya ke salon rambut…berbual-bual tentang insiden pagi tadi…meluah rasa pada Wanda, pemilik salon, ketika menggunting rambut….Dia mencadangkan bekam dan akupuntur untuk cuba menyelesaikan masalah resdung yang saya hadapi..

Petang itu juga En Yusof dalam balasan SMSnya kepada saya, meminta saya datang mencuba sekali lagi pada hari Khamis…

Petang 11 April sekali lagi saya ke salon…kali ini untuk berbekam di muka dan melakukan akupuntur di belakang telinga…Sakit juga ketika berbekam…melihat darah yang agak banyak keluar saya menahan hati yang berdebar….

12 April 2012, sekali lagi saya mencuba….Alhamdulillah, Alhamdulillah…Kali ini Allah memudahkan laluan kami..Akhirnya saya berjaya menemani Aiman hingga pada kedalaman 10 kaki @ 1.3 A.T.A…dan dapat berada di dalam ‘chamber’ selama sejam seperti yang telah ditetapkan…Tiada kata-kata yang mampu diucapkan selain rasa syukur kepada yang Esa bila En. Yusof memberi isyarat stabil (sudah sampai ke aras yang ditetapkan) kepada saya…Sesungguhnya tiada apa yang dapat mengatasi izin Allah..Dan selepas sesi pertama tekanan ditingkatkan ke 1.5 A.T.A @ pada 16 kaki kedalaman.

Semoga rawatan ini mampu memberi harapan baru kepada Aiman untuk lebih maju…!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”..

HEALING CHAMBERS OF ASIA SDN BHD, E-30-1, LORONG BAYAN INDAH 2, BAY AVENUE, 11900 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG. TEL: 604-6436433 www.healingchambers.com.my

Nota: Aiman berjaya menghabiskan 20 sesi HBOT, sebelum rawatan ini terpaksa dihentikan sementara HCA Penang mendapat kelulusan daripada KKM. Walau bagaimanapun, 20 sesi ini telah mula memberi kesan kepada kemajuan Aiman termasuk peningkatan berat badan, ukur lilit kepala yang bertambah, semakin fokus dan keseimbangan badan menjadi semakin baik…Insya-Allah, setelah HCA Penang mendapat kelulusan KKM nanti, kami akan meneruskan baki 20 sesi tersebut.

3 responses to this post.

  1. Posted by fatul on May 22, 2013 at 12:00 am

    Sy xberapa phm lah…anak sy hie…dapat ke rawatan ini membantu

    Reply

  2. Posted by voila82 on January 12, 2015 at 10:01 am

    Alhamdulillah.. moga Puan & Aiman semakin sihat. Cute la Aiman ni 🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: