Dr Sham @ negeri Kedah Jelapang Padi…

Alhamdulillah, Ahad lepas, kawan-kawan seangkatan yang mempunyai anak istimewa berkumpul di rumah kami….Untuk bertemu dengan Dr Sham bagi sesi penilaian….

Mulanya agak bimbang untuk menyampaikan hasrat kawan-kawan yang ingin sekali mendapatkan khidmatnya…..Bila sms saya dijawab Miss Karen, bahawa Dr Sham sudi datang ke utara, terus saya khabarkan kepada rakan2 Supermum di utara…..Alhamdulillah…Bukan main seronok mereka..Masakan tidak, kerana sebelum ini, rasa-rasanya hanya Aiman seorang yang datang  dari  utara bertemu dengan Dr Sham di Kuala Lumpur…Perjalanan yang  jauh, tetapi kami gagahi kerana tiada pakar / ahli fisioterapi yang mengamalkan teknik Glenn Doman di sini…!!

Sesi pertemuan dan penilaian bersama Dr Sham dilakukan di rumah kami supaya mudah Dr Sham menggunakan barang2 terapi Aiman yang telah tersedia sepanjang sesi diadakan…..Sesi bermula sekitar 8 pagi dan hanya berakhir pada pukul 6.30 petang…Dr Sham saya lihat begitu bersemangat dan bertenaga memberi khidmat kepada kami di sini….Kata-kata positif Dr Sham kepada kawan-kawan yang datang memang memberi kesan positif…Rata-ratanya seperti mendapat semangat baru dalam usaha untuk memulihkan anak-anak istimewa mereka…!!

Sementara menunggu sesi atau selepas habis sesi, sama-sama menjamu selera dan berkenal-kenalan..maklumlah, selama ini kami hanya kenal di laman FB sahaja…Jamuan yang kami adakan ringkas sahaja, laksa utara yang cukup sedap dan rasa dimasak jiran belakang rumah dan tajaan nasi Ayamas oleh supermum Kak Roziyah dan suami yang punya 2 anak istimewa..

Penat menjadi hos…tapi berbaloi kata suami dan itu juga yang saya rasakan…dapat menolong kawan-kawan di sebelah utara sudah cukup menggembirakan hati kami…juga dapat memberi laluan kepada jiran yang tinggal berdekatan yang rupanya juga mempunyai anak istimewa….Berkongsi khidmat terbaik Dr Sham seperti yang kami berikan kepada Aiman…

Kepada Dr Sham dan Miss Karen, kami amat berterima kasih kepada kalian yang sanggup datang dari jauh…Moga-moga Allah merahmati kalian dan sudi-sudilah menjenguk rakan-rakan di utara lagi ya!!

 

3 responses to this post.

  1. slm tn rumah…dr sham g kdh kat area mna? klu dia ke sna leh inform x?plz sms kite 012-9309841 (lin). tq

    Reply

  2. ooo.andai kata dia ke kdh lg, inform sya erk…leh sya dptkan no hp akak?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: