Happy, Happy Birthday!!

 
 
Petang semalam, kami kotakan janji untuk mengadakan majlis hari jadi yang digabung menjadi satu khas untuk Aina dan Aiman…Majlis yang cukup sederhana tetapi masih mengundang keceriaan dan kegembiraan…Kali ini, majlis mini hanya dihadiri anak2 jiran terdekat dan paling rapat dengan mereka…Tidak lupa, jiran sebelah yang banyak jasanya kepada Aiman…
 
 
 
 
Untuk Aina, kami hadiahkan sebuah buku ‘Sayang Sofiah’ hasil karya seorang kawan yang juga punya anak istimewa dan patung Barbie yang sudah lama menjadi idaman Aina..Untuk Aiman juga pasti ada hadiahnya…Aina dan Aiman juga mendapat hadiah dari auntie Rafidah…punya suka mereka..tetapi yang paling suka tentulah Alya…walaupun tidak menjadi ‘birthday girl’, kami dan Rafidah masih memberi hadiah juga kepadanya…Hmmm kalau tidak, ada pula yang merajuk…

 
 
Semoga Aina , Alya dan Aiman dipanjangkan umur, sentiasa berada dalam lindungan-Nya, menjadi insan soleh & solehah, tinggi budi dan akhlak…serta beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat..”…Khas untuk Aiman Si Hebat CP, semoga tahun ini Aiman semakin bijak, mampu duduk sendiri, merangkak dan mampu bertutur!!  Happy, Happy  Birthday untuk Aina & Aiman…!!
 
 
 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: