Jom ke KidZania..!!

Semalam lepas ke Gedangsa, singgah ke cafe Ikea yang terletak di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur untuk berjumpa member2 group Supermum…lunch di sana…walau cuma singkat pertemuan kali ini, ia masih momen yang manis…Lepas lunch, apalagi terus ke KidZania dengan berjalan kaki, yang letaknya cuma bersebelahan Ikea…

Sengaja kami sembunyikan daripada Aina dan Alya kali ini…untuk memberi kejutan dan keterujaan….Dah lama tak bawa mereka jalan-jalan..maksud saya khas untuk mereka…..Selalunya berjalan untuk terapi Aiman, kali ini KidZania dipilih khas untuk mereka berhibur…dan melihat ‘masa depan’ mereka!!

KidZania memang best….walaupun harga tiket agak mahal…Tiket Aina dan Alya sahaja sudah berharga RM55 seorang, kami pula RM 35 seorang dan Aiman pula dikenakan tiket RM30 (harga istimewa untuk kanak2 istimewa)..Dan anda perlu membawa IC/Mykid/Passport dan Kad OKU untuk mendapat harga istimewa seperti yang kami nikmati….Namun rasanya ia masih berbaloi…Ia seperti negara fantasi kanak-kanak..dengan pelbagai pekerjaan orang dewasa ditawarkan kepada mereka…dari pekerja salon, crew fast food restaurant, jururawat, pekerja TM, staf Poslaju,polis, ahli bomba,jurugambar, juruhebah radio dan TV, model, penjual barang kemas, doktor, banker hinggalah ke jawatan juruterbang Air Asia….

Yang seronoknya kanak2 dibiar bebas di sini dengan kawalan ketat sekuriti….Mereka bukan sahaja merasai pengalaman bekerja tetapi dibayar gaji dalam matawang ‘negara’ KidZania….

Dengan wang tersebut mereka boleh membeli-belah dan baki wang boleh disimpan ke dalam bank CIMB KidZania..dan boleh dikeluarkan pada bila2 masa….!! Di setiap bahagian pekerjaan, akan ada seorang jurugambar yang akan mengambil foto2 menarik anak anda secara dekat….cuma harga sekeping foto bernilai RM 20….Jadi cukuplah suami mengambil foto Aina dan Alya…walaupun dari jarak jauh!! Ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke bahagian2 yang telah dikhaskan untuk mereka…Di setiap bahagian pekerjaan, terdapat 1-2 petugas KidZania yang akan menerangkan tugas dan tanggungjawab pekerjaan tersebut serta menunjukkan demo sebelum mereka mula bekerja!! Kami hanya berlegar-legar di luar sementara menunggu Aina dan Alya tamat sesi perkhidmatan…Hendak solat memang mudah kerana tag pengenalannya kalis air dan di mana tag ini hanya dapat dibuka di bahagian Imigresen sebelum keluar dari negara ‘KidZania’…!!

Pengalaman di negara ‘KidZania’ semalam memang cukup manis….bagi kami semua..Seperti ingin kembali ke zaman kanak-kanak!!

Malah diizinkan Allah, saya bertemu teman lama di USM dulu..Jamilah..Tak sangka dapat bertemu kembali selepas 13 tahun berlalu….

Gembira melihat keceriaan Aina dan Alya…walaupun kali ini Aiman pula perlu berkorban….asyik makan pop-corn menunggu kakak2nya….

Jadi…jom ke KidZania!!

http://www.kidzania.com.my/

 

One response to this post.

  1. mmg best klu tengok dari gambar gambar ni..arggg mamanurin pun nak jadi budak2 balik, nampak gayanya kena tunggu anak2 sedara redah rumah mamanurin nilah baru boleh pergi

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: