Aiman & Kak Raw @ Gedangsa (Part 5)

Semalam ke Gedangsa lagi….Sekarang kami memilih untuk pergi ke Gedangsa pada sebelah malam supaya kami sekeluarga dapat bersama Aiman untuk berterapi minda…

Semalam juga, hati berbunga riang….kak Raw sudah memulakan terapi pertuturan untuk Aiman…Dulu, kak Raw pernah beritahu terapi pertuturan, kak Raw biasa lakukan bila budak sudah boleh berjalan….Terlalu lama rasanya waktu itu bila mendengar kata-kata kak Raw…Alhamdulillah, rezeki Aiman dan Imran, terapi pertuturan dipercepatkan….Kebetulan minggu lepas, kami tidak dapat datang ke rumah kak Raw kerana 2 beradik perlu bersekolah ganti….ditambah dengan keadaan Alya yang kurang sihat…Jadi tidak tahu apa yang perlu kami bawa untuk terapi pertuturan Aiman…Nasib baik Imah,ibu Imran membawa 2 helai kain hijau, jadi diberikannya sehelai kepada Aiman…Alhamdulillah, dapatlah Aiman berterapi…dengan menggunakan kain hijau digosok di lelangit dan lidah Aiman…Menangis juga Aiman…

Kata kak Raw, terapi pertuturan selalunya dilakukan sehingga 25x…mengambil masa kira-kira 6 bulan jika kami datang setiap minggu….Tetapi ada juga budak yang mampu bertutur selepas 10x terapi sahaja….bergantung pada rezeki dan keadaan budak…Untuk terapi ini, kami memerlukan 25 helai kain hijau bersaiz sapu tangan dan setiap kali kain itu sudah digunakan, suami perlu membuangnya dalam air yang mengalir….Jadi kain hijau pertama Aiman dibuang ke Sungai Selisik, Behrang semasa kami dalam perjalanan ke Kuala Lumpur…

Moga-moga terapi sentuhan kak Raw ini membuahkan hasil….Ingin sekali kami mendengar Aiman mampu bertutur dan petah bertutur…Insya-Allah!! Ganbatte!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

2 responses to this post.

  1. alhamdulillah dh mula erk rawatan ni…mga aiman cpt berkata2..
    aiman ckp : mama mama..aiman nk mkn nasi la…ehhehe terharu kan?i’allah mdh²an. amin

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: