Bimbang…

Malam semalam bila mendapat perkhabaran rakan seperjuangan Aiman, Little Fighter- Sofea Az-Zahra dimasukkan ke hospital akibat fit atau bahasa mudahnya sawan…Saya terkedu seketika….perasaan bercampur baur…Sofea yang semakin bagus perkembangannya dari hari ke hari….Dan sejak tahun lepas seorang demi seorang rakan seperjuangan Aiman diserang sawan!!….Kenyataan yang cukup menyedihkan…

Fit atau sawan bukan perkara luar biasa bagi kanak-kanak Cerebral Palsy…1 daripada 2 kanak-kanak CP mengalaminya….Walau ia bukan luar biasa, namun ia sudah cukup menggerunkan bagi ibu bapa yang mempunyai anak2 CP….mengakibatkan lebih kecederaan pada otak yang sedia cedera bila serangan sawan berlanjutan……Kesannya, perkembangan mereka mungkin kebelakang semula….atau perkembangan menjadi lebih perlahan…

Aiman pernah diserang sawan pada hari ke-2 kelahirannya semasa masih di NICU…..Fakta itu yang membuatkan fikiran saya agak terganggu….Risiko untuk mengalaminya masih ada… Walaupun mengambil supplements termasuk ubatan homeopati untuk mencegahnya, memantau kesihatan dan tingkah laku Aiman….saya masih bimbang..!!

Terus berusaha dan berserah kepada Allah supaya Aiman sihat dan terus sihat…dan itulah yang sebaiknya, walau bimbang masih ada….Semoga Sofea, Yasmin Nabila, Qaleesya dan rakan2 Aiman yang lain terus kuat menempuhi ujian ini dan bertemu penawarnya….!! Ganbatte!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: