Ganbatte!! (Part 2)

Hari ini kali kedua berjumpa Dr Izmi, Pakar Rehabilitasi di Hospital Besar Pulau Pinang. Kali pertama berjumpa pada sesi penilaian 16 November 2011 yang lalu. Pada penilaian pertama lalu, Dr Izmi mencadangkan suntikan botox untuk Aiman…Namun memberi masa 3 bulan lagi untuk melihat perkembangan Aiman..

Kali ini saya rasa agak gusar…penilaian kedua untuk suntikan botox..Gusar menunggu reaksi dan maklumbalas  Dr Izmi…Adakah Aiman masih perlu disuntik botox untuk mengurangkan kekejangan di kedua kakinya..

Menunggu lebih sejam, sampai giliran Aiman..Dr Izmi mula membuat penilaian…Dr Izmi memberitahu ada 5 tahap kekejangan sambil menunjukkan contoh2 pada kaki Aiman. Tahap ke-3 adalah tahap yang paling sesuai untuk suntikan botox….

…Dan ini catatan yang dipos dalam Super Mum’s & Super Dad’s Angel Group di FB petang tadi..

Alhamdulillah!! Yeay!! Aiman tak perlukan suntikan botox….Dr Izmi, pakar rehab dari GH Penang memberitahu stiff Aiman di tahap 1…Tahap di mana suntikan botox tidak perlu dilakukan…

Terharu dan lebih bersemangat bila Dr Izmi berkata..”Aiman mempunyai famili yang memberi sokongan padu padanya…Parent di landasan yang betul…teruskan dengan usaha yang parent lakukan sekarang!!”..Ganbatte!!

Alhamdulillah..itulah keputusannya. ..Kami gembira dan bersyukur tahap kekejangan kaki Aiman berkurangan…Jiran sebelah juga gembira bila mendengar berita ini tadi…Bukan sekadar kerana terapi ais yang dilakukan tetapi ia lebih dari itu….Kami terhutang budi pada kak Linda..yang tak pernah jemu datang ke rumah 3X sehari, tepat pada masanya untuk bersama ‘memulihkan’ Aiman!!

Dengan kurangnya kekejangan kaki dan tangan kanannya bermakna, Insya-Allah Aiman mampu untuk belajar merangkak dengan baik…walaupun masih mengambil masa…

“Aiman…, selagi Allah berikan Abah dan Ma rezeki, daya dan dipanjangkan umur, selagi itulah Abah dan Ma tidak akan mengalah….berjuang untuk Aiman..!!”…..dan terlihat-lihat cahaya di hujung jalan yang kelam…..Ganbatte!!

 

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: