Aiman & Kak Raw @ Gedangsa (Part 4)

Selepas mandi air rebusan daun pandan selama 3 minggu berturut2 hujung tahun lepas, kak Raw meminta pula kami mengambil tanah di sekitar tempat uri Aiman ditanam..Dan sesi mandi air tanah untuk Aiman telah bermula kira2 6 minggu yang lepas…

Mujur juga uri Aiman ditanam di laman rumah..Walaupun pada mulanya suami agak ragu2 dengan lokasi uri yang ditanam, selepas mengamalkan bacaan Al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W tanpa henti dengan niat untuk mencari lokasi yang tepat, menggunakan ranting kayu (seperti yang diajarkan kak Raw)…Alhamdulillah, selepas mengorek tanah, suami menemui pasu tempat uri Aiman diletakkan sebelum ditanam..!!

Suami mengambil 7 genggam tanah untuk 5 hari..tempoh minimum sesi mandi tanah diperlukan..Esoknya suami mengambil pula air kolah masjid berdekatan, anggaran dalam 2 baldi (yang diisi dalam balang plastik)  untuk mencukupkan keperluan sesi ini. Dan lusanya kami bergerak ke rumah kak Raw untuk sesi pertama…

Sesi mandi tanah dilakukan secara berkumpulan pada Jumaat atau Sabtu malam sahaja. Yang sudah mempunyai pengalaman akan memberi tunjuk ajar pada yang baru….bagaimana untuk menyediakan air mandian dan bilasan.

Sesi mandi bermula sekitar 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi…hanya selepas sesi Terapi Minda kanak-kanak/remaja normal selesai dilakukan..kadang-kala terpaksa dihentikan seketika memandangkan sudah tengah malam dan sesi mandi perlu dilakukan segera..

Sebelum mandi lampin pakai buang Aiman ditanggalkan dan badan Aiman dibersihkan dahulu..dan kepala Aiman disapu Nivea krim oleh kak Raw..Sesi bermula…sambil memegang Aiman, suami menyebut nama penuh Aiman dan namanya, sebelum saya menyebut nama saya…dan selepas itu kak Raw  ‘membaling’ air tanah ke badan Aiman…menjerit2 Aiman terkejut sambil menangis..mungkin juga terasa sakit di belakang badan yang disimbah air…Sebelum mandi kak Raw dah pesan terlebih dahulu, pastikan anak jangan pandang belakang!!

 Selepas itu kak Raw bilas badan Aiman dengan air kolah masjid…dan saya akan mengambil Aiman tanpa mengelapnya….terus pakaikan baju…Suami pula membersihkan timba yang digunakan dan halaman tempat mandi. Bagi yang akan tidur di rumah kak Raw seperti kami, pesan kak Raw , baki tanah simpan atau buang di luar..jangan bawa ke dalam rumah…Malah sebelum sesi mandi, semua barang2 akan dibawa naik…Kak Raw kurang menggalakkan kalau bapa2 turun semula ke bawah selepas sesi mandi melainkan jika ingin pulang terus…

Kalau balik terus selepas mandi pula , baki tanah diletak di belakang atau bonet kereta….kalau letak di depan kak Raw kata takut kereta nanti ‘berat’…

Lagi sekali mandi..habislah sesi mandi untuk Aiman…cukup 7X…walaupun ingat dulu hanya 5X..kak Raw kata buatlah 7X..bagi lagi bagus!! Kak Raw kata, kalu rasi dengan mandi ini, Insya-Allah anak istimewa macam Aiman akan datang semangatnya semula….dan badan akan berisi…

Dan sejak 6 minggu ini…kak Raw selalu beritahu badan Aiman dah ringan dan rasa seperti budak ‘normal’….Badan pun dah mula berisi..!! Kata2 kak Raw mengingatkan kami bila berjumpa Doc Wan baru2 ini…Doc Wan pun beritahu badan Aiman sudah mula nampak berisi…Alhamdulillah!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

One response to this post.

  1. slm…kite regular k.raw gak tp x pasan…klu pergi & nmpk kite tego la erk…kita dh jmpa rmai kwn2 yg g ke umah k.raw…dlu kita search xda geng ehhehe kini rmai lak. alhamdulillah

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: