Pediasuit..Oh! Pediasuit!!

Macam orang mengantuk disorongkan bantal bila hampir sebulan lepas kami menerima jemputan daripada seorang kawan yang saya panggil Sis Fezia untuk Aiman mencuba Pediasuit yang didatangkan khas dari Amerika semasa sesi Pediasuit Training yang akan diadakan di Kuala Lumpur. Sis Fezia Tyebally salah seorang Super Mum yang saya kenali di laman FB…juga mempunyai anak CP yang berusia 15 tahun..Sis Fezia memang hebat..mencari ilmu serata dunia..hanya untuk memulihkan Amir..

PediaSuit direka khas untuk membentuk semula postur tubuh menjadi senormal yang mungkin dan suit yang sesuai untuk Cerebral Palsy terutamanya. Melalui pemakaian suit ini, ia bukan sahaja melatih semula sistem saraf utama tapi dapat meningkatkan sistem vestibular yang memainkan penting dalam pergerakan juga keseimbangan manusia.

Jadi selepas ke Gedangsa pada Sabtu lepas, kami bergegas ke rumah Sis Fezia di Damansara…Sesi demo turut disertai Janna, anak Super Mum Rafidah dari Selangor. Janna tahun ini berusia 7 tahun..juga masih belum dapat berjalan…

Cukup mengkagumkan bila Aiman memberi kerjasama sepenuhnya pada Miss Lucia yang datang dari Brazil walaupun pertama kali berjumpa…Miss Lucia memang pandai mengambil hati Aiman…Aiman turut teruja untuk mencuba suit ini. Bayangkan dengan pemakaian suit ini, Aiman mampu duduk tanpa sokongan di atas bangku kecil!!! Ia satu keajaiban bagi saya dan suami…Apalagi bila founder bagi Therapies4kids , Mdm Eileen De Olievera memberitahu Aiman mempunyai potensi besar untuk ‘pulih’. Katanya, anaknya Lucas juga CP dengan PVL tahap 2…sama seperti Aiman, cuma Aiman di tahap 5…dan anaknya Lucas sudah boleh berjalan!!

Kos Pediasuit mencecah USD 2,500…Lebih kurang RM 7,600..tidak termasuk kos latihan..Membuatkan kami suami isteri perlu berfikir panjang…..ia bukan jumlah yang kecil untuk suatu keajaiban!!

Sepanjang perjalanan pulang dari Kuala Lumpur..saya masih teringat-teringat Pediasuit yang hebat..yang membuatkan kami tersenyum dan ketawa melihat Aiman yang turut ketawa……Saya sebak dalam senyuman…Pediasuit..Oh! Pediasuit….

http://www.therapies4kids.com/pediasuit

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

2 responses to this post.

  1. Posted by umminajwa on February 2, 2012 at 5:13 am

    SALAM. Kak juga mempunyai puteri CP Quadriplegic.Kak berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang PEDIA SUIT dan demo nya, masih available ke? Ada tak contact no dan address Sis Fezia Tyebally, untuk dihubungi. Moga anak2 kita mencapai kesihatan yg baik. Ameen.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: