Aiman’s Development Corner..

‘Home program’ Aiman kini mencecah 30 aktiviti dengan ratusan kali stimulasi setiap hari….!! Hari biasa kini menjadi begitu sibuk bagi saya dan Aiman Si Hebat CP..

Stimulasi dan aktiviti Aiman bermula sekitar jam 9.30 pagi dan hanya berakhir menjelang malam….Dengan penumpuan aktiviti kepada keseimbangan badannya, mobiliti, tangan kanan dan kakinya yang kejang, pertuturan dan IQnya….Aiman hanya berehat semasa tidur, makan dan semasa saya berehat seketika atau menguruskan rumah tangga!!

Alhamdulillah, jiran sebelah rumah memberi sokongan dengan datang ke rumah dari hari Isnin hingga Jumaat, 3X sehari untuk melakukan aktiviti cross dan trunkel patterning, rolling dan swing untuk Aiman…Aiman betul2 bertuah, jika tidak terpaksalah saya menunggu abah Aiman pulang dari pejabat…

Untuk memudahkan kami melakukan aktiviti, kami bahagikan ruang tamu kepada dua bahagian….untuk tamu/santai dan ruang baru yang kami namakan ‘Aiman’s Development Corner’….Jadi di sini setiap hari Aiman akan menjalani aktiviti2nya….

Dengan pelbagai aktiviti dan stimulasi untuk Aiman Si Hebat CP, kami amat berharap perkembangan positif Aiman yang berterusan….Walaupun penat dengan jadual Aiman yang padat, mengurus rumah tangga dan 3 beradik..Suami pula mencari rezeki….Biarlah…dan kami perlu terus kuatkan semangat…Insya-Allah usaha kami ini pasti berbaloi akhirnya..!! Ganbatte!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: