Kami, Aiman @ Terumbu Terendak

30 Dis lepas, sekembali dari tugas di seberang laut, Doc Wan menunaikan janji untuk membawa Aiman dan Hasif untuk terapi air..Perjalanan ke Terumbu Terendak mengambil masa setengah jam dari Kg. Setiawan…Saya agak gusar dengan air yang dalam..mungkin masih trauma dengan kejadian hampir lemas 30 tahun lepas…

Sepanjang perjalanan menaiki bot milik Doc Wan saya memegang erat Aiman, dan sebelah tangan lagi mengenggam kemas tangan Alya…saya pastikan 3 beradik memakai jaket keselamatan!!

Terumbu Terendak memang cantik dan privacy..hanya dengan bot persendirian kita dapat sampai ke situ….Sebaik sahaja sampai, Doc Wan tidak berlengah melakukan terapi air kepada Aiman dan Hasif..Biasalah dah hampir sebulan tidak berjumpa Doc Wan bertambah-tambahlah tangisan mereka…Anak2 Ayu yang lain bersama2 Aina dan Alya punya seronok bermain air…Kami pun tidak melepaskan peluang untuk turut berendam….dan saya yang masih takut-takut walaupun berendam dengan jaket keselamatan…

Hampir 2 jam masa berlalu..punya asyik di Terumbu Terendak…Bila Aiman dan Hasif berhenti berehat, kami beramai-ramai berkongsi bekal yang dibawa bersama sambil berkongsi pelbagai cerita…Selepas berehat, terapi air disambung kembali….saya dan suami, Ayu dan Abang Baha mengambil giliran memujuk Aiman dan Hasif yang menangis….

Dalam perjalanan pulang Doc Wan membawa kami mengelilingi pulau-pulau sekitar Lumut dan Pangkor….perjalanan pulang ini memang menjadi terapi minda buat kami….hujan rintik kian lebat menyambut kepulangan kami….penat, tapi seronok sekali….Terima kasih Doc Wan untuk sesi terapi ini…Mudah-mudahan nanti ada rezeki lagi!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: