Members Spotlight-Unconditional Love Page

Dari page FB ‘Unconditional Love’ kami…

1) Beritahu kami tentang anak istimewa anda, jenis kecacatan dan umurnya.
Muhammad Aiman, Cerebral Palsy with PVL tahap 5, umur 2 tahun 7 bulan

2) Ceritakan tentang hari anda diberitahu akan diagnosis anak anda?
Semasa sesi follow-up di hospital doc memberitahu tentang perkara ini dan kesan2nya terhadap anak seperti masalah mobiliti terutamanya, pertuturan dan mungkin pembelajaran.

3) Siapakah orang pertama yang anda beritahu tentang diagnosis itu dan bagaimana reaksi mereka?
Ibu saya-reaksi sangat sedih tetapi meminta saya supaya bersabar atas segala ujian.

4) Apakah kejayaan terbesar anak anda setakat hari ini?
Boleh makan dan minum sendiri, menjulur, mula belajar menggunakan tangan kanan, cepat memahami dan mengingati apa yang nampak atau semasa sesi terapi di rumah/pusat terapi, peningkatan dalam skil sosial.

5) Apakah 3 tips/petua/nasihat yang anda mahu berikan kepada super parents lain?
a. Redha dan belajar menerima hakikat dalam masa yang sama berusaha gigih untuk perkembangan/pemulihan anak.
b.Bersikap positif dan proaktif untuk mencari rawatan mahupun terapi yang sesuai dan terbaik.
c. Rancang dan bertindak untuk perkembangan/pemulihan anak.

6) Apakah yang anda telah belajar daripada anak anda dan bagaimana ia mengubah anda?
Kesabaran & kecekalan- Saya sendiri tidak menyangka saya dan suami mampu menempuhi fasa2 yang hebat ini..melihat Aiman yang berusaha untuk merangkak dan makan sendiri sudah cukup membuatkan kami terus cekal.

7) Bagaimana diagnosis anak anda mengubah cita-cita dan pandangan anda tentang masa hadapan?
Saya tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya dan cita-cita. Anak dan keluarga adalah keutamaan saya. Melihat Aiman boleh bertutur, berjalan dan berlari adalah impian saya sekarang.

8) Jika anda menjadi pemimpin Negara dan mempunyai kuasa, apakah SATU perkara yang ingin anda lakukan?
Menubuhkan institusi penyelidikan khas untuk pembangunan ‘brain-injured children’.

9) Apakah organisasi yang telah memberikan perkhidmatan terbaik setakat ini dalam menangani aspek anak istimewa anda?
OT & Speech-Pacific Speech Therapy, Penang, Kak Raw & Doc Wan, Dr Sham-alternatif+fisio

10) Apakah perkara yang anda pernah perjuangkan untuk anak istimewa anda?
Perjuangkan pada saya setakat ini memberi apa yang mampu kepada Aiman e.g membeli/membuat sendiri peralatan tanpa menunggu masa yg lama jika memohon di JKM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: