Aiman @ Sham Physiotherapy Centre & ???

Selama hampir setahun, selepas kelahiran Aiman pada usia kandungan mencecah 36 minggu, kami hanya membawa Aiman untuk sesi follow-up di hospital dan sesi fisioterapi…itu sahaja…tidak lebih dan tidak kurang..Sesekali kebimbangan melanda…dan berlalu dengan kesibukan dan tekanan kerja..sesekali mencari tentang CP dan masih mempercayai kata-kata yang Aiman mampu ‘cepat pulih’ menjadi kanak2 tipikal…

Tempoh selama hampir setahun itu dengan terapi ‘biasa-biasa’ tidak akan saya ulangi lagi…itu janji saya untuk Aiman Si Hebat CP…Dan selepas saya meninggalkan kerjaya, bermula segalanya..

Dengan hakikat kecederaan otak maksima melalui keputusan MRI yang diperolehi pada Mac 2011, PVL tahap 5 tidak pernah mematahkan semangat kami….kami semakin agresif dalam pencarian maklumat dan rawatan/terapi yang terbaik untuk Aiman. Kami perlu berusaha,bertindak,bertindak dan terus bertindak…Kecederaan otak Aiman di tahap maksima…walaupun nampak luarannya Aiman seperti kanak2 tipikal..

Secara jujur saya berpendapat, terapi yang ‘biasa-biasa’ tidak mungkin dapat ‘memulihkan’ diri Aiman untuk menjadi luar biasa….Kerana itu kami tidak menoleh ke belakang lagi untuk mencari rawatan alternatif dan terapi terbaik yang masih berada dalam kemampuan kami untuk Aiman…

Kami mengejar masa…..Tempoh pemulihan Aiman yang dikategorikan sebagai Triplegic CP dan turut mengalami GDD (Global Developmental Delay) akan mengambil masa bertahun-tahun..dalam tempoh itu juga, kami perlu membuat persediaan untuk Aiman menuju alam persekolahan..

Jadi jika ada saudara yang bertanyakan mengapa perlu pergi ke lain-lain tempat serentak….jawapan  kami tetap sama…Mempercepatkan kemajuan Aiman dengan hasil yang lebih dari ‘biasa’….Supaya Aiman menjadi seorang anak yang bijak, boleh bertutur dan petah bertutur, mampu duduk, merangkak, berdiri, berjalan dan berlari dengan gerakan dan postur yang betul…seperti kanak2 tipikal!!

Dan akhirnya kami percaya dan amat yakin kepada kebesaran Allah dan keupayaan otak manusia untuk pulih dari kecederaan yang dialami atau kehebatan bahagian otak yang lain, yang  tidak tercedera akan mengambil alih fungsi otak yang cedera melalui ‘Brain Plasticity’…..tetapi ia masih menuntut usaha..!!

Kawan-kawan selalu berkata saya seorang super mum dan suami seorang super dad…tapi saya masih insan biasa….Bila kakak2 Aiman ternampak saya menangis semasa membaca ayat2 Syifa dan Manzil untuk Aiman…ia sudah menjadi perkara biasa….Tetapi air mata saya tidak mampu untuk memulihkan Aiman…Melainkan air mata saya sebagai tanda saya perlu dan terus bersyukur , menguatkan semangat saya dan suami untuk terus bertindak sepanjang proses pemulihan Aiman…

Jadi hari ini, kami mengorak langkah lagi…bertemu Dr. Sham, pakar fisioterapi di Kuala Lumpur…Pakar fisio yang menggunakan teknik Glenn Doman dalam terapinya, sesuatu yang jarang2 diamalkan oleh fisioterapis tipikal di Malaysia!.

Suami menulis nota dan saya sedaya upaya memahami penerangan dan demo yang WAJIB saya dan suami lakukan di rumah…Dari patterning, sensori, sound/hearing, cold therapy dan gymnastic….Kombinasi pelan cadangan Dr Sham dan Mr. Chad Timmerman dari AIAHP akan saya praktiskan untuk home program bagi pemulihan Aiman. Kata Dr. Sham, kita perlu bertindak agresif untuk anak-anak seperti Aiman. Untuk peringkat awal ini, Insya-Allah kami akan ke Kuala Lumpur 2 minggu sekali supaya Dr. Sham dapat memantau perkembangan Aiman…seterusnya untuk memastikan kami KOMITED dan KONSISTEN dalam pelan yang dirancangkan untuk Aiman Si Hebat CP.

Perjalanan masih jauh…………Menuntut pengorbanan dari pelbagai segi…Semoga Allah terus memberi rezeki,berkat,rahmat dan kekuatan ke atas kami sekeluarga untuk terus berjuang!!

“No Limits For Aiman Si Hebat CP!!”

**Dr. Sham Physiotherapy Centre, A19,Tingkat 1, Blok A, Plaza Pekeliling, Jalan Tun Razak,50400 Kuala Lumpur. (Atas Maybank).  Contact No: 03-40410751-Dapatkan tarikh dan masa temujanji melalui pembantu Dr. Sham iaitu Ms. Karen. Tutup pada hari Ahad. 

2 responses to this post.

  1. Boleh kongsikan lebih lanjut ..pasal dr.sham.cara dia buat terapi..anak sy pun ada mslh.

    Reply

    • Contoh-contoh latihan di Sham Physiotherapy ada saya jelaskan. Ia agak berbeza daripada cara konvensional. Latihan agak agresif dan memerlukan komitmen setiap hari.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: