Happy Birthday Super Alya!!

Ahad lepas Super Alya genap 6 tahun…dan sejak 3 hari sebelum birthdaynya Alya sibuk minta itu dan ini….sekejap minta basikal baru sekejap minta patung Barbie…

Jadi selepas sesi speech therapy Aiman Ahad lepas, kami pulang ke rumah emak di Sungai Petani untuk menyambut hari jadi Alya…kebetulan abang yang bertugas di Kelantan pulang bersama keluarga…jadi dapatlah kami berjumpa semua…Sejak sibuk ke sana dan ke sini untuk rawatan & terapi Aiman, kami agak jarang balik ke rumah emak….cuma telefon yang menjadi penghubung berita antara kami…Mujur juga adik bongsu sekeluarga tinggal bersama2 emak …

Majlis harijadi Alya tahun ini agak simple tetapi masih meriah dan dilimpahi kasih sayang!! Kami menyanyi beramai-ramai lagu untuk Alya sebelum Alya memotong kek…Hadiah hari jadi Alya tahun ini juga bukan basikal baru atau patung Barbie…tetapi baby doll dengan stroller…Alya berubah fikiran semasa di Tesco!!

Emmm…teringat kisah 6 tahun lepas semasa saat melahirkan Alya….Tali pusat Alya terlilit di lehernya seperti saya dulu juga, membuatkan proses kelahiran menjadi begitu panjang dan menyakitkan….Alhamdullillah, Alya selamat juga lahir walaupun menggunakan vakum hingga mencederakan kulit kepalanya!! Saya ingat lagi, semalaman Alya menangis di bilik sebelah …hinggakan saya meminta nurse yang bertugas memberi apa sahaja ubat kepadanya untuk mengurangkan sakit akibat luka kesan vakum…hanya selepas itu, Alya dapat tidur….

Kini….Alya dah genap usia 6 tahun…bulan depan dah masuk darjah satu…Semoga anak ma ini terus dilindungi Allah, menjadi insan hebat… diberi kebijaksanaan, menjadi anak yang solehah, tinggi budi dan akhlak, panjang umur dan diberi kecemerlangan dunia & akhirat…”Happy Birthday Super Alya!!”..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: