Aiman & Chad Timmermans…Satu permulaan!

Saya sebenarnya cukup kagum dan teruja setelah membaca buku2 Glenn Doman iaitu ‘What To Do About Your Brain-Injured Child’ dan ‘How Smart Is Your Baby’…Tentang kaedah Glenn Doman menyelesaikan masalah di root causenya..iaitu otak yang cedera…Namun untuk membawa Aiman ke Institute for the Achievement of Human Potential milik Glenn Doman di Philadelphia, USA?? Sesuatu yang agak mustahil ketika ini ..kerana kos yang terlibat memang cukup tinggi..

Jadi apabila rakan di group sosial Facebook memberitahu tentang ‘Australian Institute for the Achievement of Human Potential (AIAHP) yang juga merupakan sister kepada IAHP milik Glenn Doman..saya mula mendapatkan maklumat…tentang kos dan juga tentang home program yang ditawarkan termasuk kesediaan mereka ke Malaysia untuk sesi penilaian dan latihan!!

Saya gembira apabila rakan memberitahu Mr. Chad Timmermans, konsultan di AIAHP (juga orang yang saya hubungi sejak lebih seminggu lepas) akan datang ke Malaysia untuk tugasan dan sudi menjadi speaker jemputan kami semasa program ‘1st Gathering’..maknanya saya dan suami dapat bertemu dengannya!! Dan pertemuan dengan Mr. Chad semasa ‘1st Gathering’ dan penetapan temujanji pre-assessment dengannya adalah seperti impian yang menjadi kenyataan!!

Jadi semalam kami membawa Aiman Si Hebat CP berjumpa Mr. Chad Timmermans untuk sesi pre-assessment sebelum ke sesi full assesment yang dijadualkan pada pertengahan May 2012. Mr. Chad meneliti medical report Aiman, menemubual kami dan menilai keadaan Aiman secara santai…Penilaiannya termasuk melihat keupayaan mobiliti dan sensori Aiman..Aiman seperti biasa memang menangis kerana risau akan ‘diapa-apakan’…

Sessi pre-assessment bermula dari pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 1:00 petang….dengan gol untuk menstimulasikan perkembangan otak dan fungsinya sekaligus dapat memantapkan pergerakan dan anggota sebelah kanan Aiman…Mr. Chad memberi  tugasan kepada kami untuk melakukan aktiviti untuk Aiman Si Hebat CP..ia termasuk teknik penumpuan, trunkel patterning, leg loosening dan cross patterning di mana Mr. Chad menerangkan mengapa teknik2 ini perlu dilakukan kepada Aiman, menunjukkannya kepada kami dan akhirnya kami diminta berulangkali melakukannya untuk Mr. Chad melihat cara kami…sehingga dia yakin keupayaan kami untuk melakukannya sendiri di rumah..Oleh kerana Aiman asyik menangis bila dipegang Mr. Chad, Super Alya terpaksa menjadi model menggantikan Aiman..Nasib baik Alya memahami dan memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada kami!!

Ia bukan pelaburan yang kecil…tetapi memikirkan masa depan Aiman, kombinasi teknik Glenn Doman-Delacato serta pelbagai teknik lain yang dipraktiskan oleh AIAHP, juga testimoni daripada ibu bapa anak istimewa termasuk dari rakan yang turut mengambil program yang sama, menarik perhatian kami untuk mencubanya..

Mulai hari ini, kami sudah memulakan pre-home-based program AIAHP untuk Aiman Si Hebat HP…Insya-Allah, kami akan meneruskannya dengan full assessment AIAHP yang akan merangkumi semua aspek seperti mobility,language, intelligence, breathing, sensory, nutrition dan latihan intensif pada bulan 5 tahun depan semasa Mr. Chad datang ke Malaysia lagi…Dalam masa 6 bulan ini, harapnya Aiman dapat menunjukkan perubahan positif yang besar..Ganbatte!!

http://www.aiahp.org

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”

4 responses to this post.

  1. Posted by ct-su on December 14, 2011 at 7:42 pm

    Kak Ju..seronoknya dengar dapat jumpa Mr Chad..Kak Ju ambil ilmu2 dia pastu share kat kami pulak ye….

    Reply

  2. Posted by nana said on January 29, 2012 at 9:34 pm

    salam..sy memiliki ank buah yg berusia tiga bulan dan mghidapi CP tahap 2….boleh beri sdikit cara latihan untuk terapi si kecil?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: