1st Gathering Super Mum’s & Super Dad’s Angel Group

Alhamdulillah, akhirnya impian kami menjadi realiti…walaupun pada mulanya agak ragu2 untuk menerima jawatan tertinggi sekretariat, sementelah semua ahli sekretariat berada di merata negeri di Malaysia, saya yakinkan hati untuk mengambil cabaran..suami memberi sepenuh sokongan..

Kami bermesyuarat secara ‘online’….berbincang pengagihan dan pelaksanaan tugas…4 kali kami bertukar tempat dek kerenah pengurusan hotel yang seolah2 enggan menerima kehadiran anak2 istimewa ini….Akhirnya, Allah permudahkan jua urusan kami….dengan semangat kerjasama dalam pasukan yang tinggi, bertempat di Perangsang Templer Golf Club, Rawang, Selangor pada 10-11 Disember 2011, impian kami terlaksana!!

Alhamdulillah, Alhamdulillah….perjumpaan yang mencatat sejarah dalam hidup kami sekeluarga…berkongsi cerita dengan super parents yang lain, berkongsi ilmu hebat bersama penceramah2 yang hebat, berkongsi telatah anak2 yang mencuit hati dan semuanya mencatat momen manis yang tidak akan dilupakan…

Kepada semua yang terlibat…peserta, sekretariat, penaja, sukarelawan, penceramah jemputan, suami yang memberi sepenuh sokongan juga mereka yang mendoakan untuk kejayaan program ini….Sejuta terima kasih!!…Anda semua sememangnya insan2 yang hebat…!!

‘1st Gathering’ …satu permulaan, langkah pertama kami sebelum kami melangkah terus untuk memperjuangkan nasib anak2 istimewa dan keluarga yang menyokong di bumi bertuah ini…Insya-Allah dan Ganbatte!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: