Lost & Found..

CERITA 1: Isnin lepas kami pergi mandi2 di Pantai Teluk Senangin bersama keluarga sahabat yang turut membawa anaknya untuk rawatan Doc Wan..punya seronok semua dapat mandi-manda di pantai….sambil makan nasi dagang enak yang dibawa Ayu dan KFC tajaan Mak Teh…Asyik bermain air, seluar Aiman Si Hebat CP sampai tertanggal pun suami tak perasan …Puas mencari tak jumpa, bila tiba2 suami berasa dia terpijak sesuatu..Yeah! seluar Aiman jumpa balik..!! Alhamdulillah!! Walaupun kami ingat takkan berjumpa lagi dengan seluar baru Aiman!!

CERITA 2: Setahun lepas semasa kami menuju ke Mei Shan, Cheng Du, China.. kasut Aiman tertanggal..hanya perasan sebaik kami turun dari bas dan setelah bas meluncur pergi..itupun setelah seorang kakak Cina memberitahu dalam bahasa isyarat kasut Aiman hilang sebelah!! Entah mengapa, terasa sedih sangat waktu tu…Tapi memang rezeki Aiman Si Hebat CP ..kami dapat semula kasut yang tertanggal di dalam bas…Sebaik mengetahui kasut Aiman tertanggal dan tertinggal di bas yang kami naiki, lelaki Cina merangkap pemandu yang juga menguruskan tempahan hotel bajet di Mei Shan  cepat2 menelefon seseorang….Dalam perjalanan seterusnya ke Mei Shan, kami berhenti seketika bila kawan pemandu itu datang membawa kasut Aiman!! Gembira sekali dan kami bersyukur!!! Masih ada insan yang prihatin di bumi asing…pada hal yang nampak kecil tetapi cukup bermakna bagi kami…

5 responses to this post.

  1. Posted by zaliha bt kamaruddin on March 22, 2012 at 2:34 pm

    salam, saya zaliha ingin mengetahui alamat doktor wan zainal di setiawan.saya terbaca artikel puan berjumpa doc wan zainal mengubati tulang punggong anak puan terkeluar. anak saya juga mengalami sakit yang sama cp dan tulang punggong terkeluar. bolehkah puan memberi alamat Doktor wan zainal dan no telefon. saya ingin membawa anak saya berjumpa doktor wan untuk mendapatkan rawatan.

    Reply

    • Wsalam Zaliha..ini alamat Dr Wan yer..

      Homeone Healthcare Center,
      No.87, Lot 2105, Kampung Sitiawan,
      32000 Sitiawan ,Perak.
      No. hp : 0193674120/0194274332/0194713545

      Reply

  2. Posted by mustapa on September 25, 2012 at 4:38 pm

    boleh ke sesiapa bagitau waktu rawatan doktor sebab bila kol sentiasa masuk voice mail je. terutamanya sabtu dan ahad.

    Reply

    • Salam, Sabtu dan Ahad antara hari yang paing sibuk dan mungkin sebab itu telefon tidak diangkat…Klinik dibuka mulai 7.00 pagi hingga 6.00 petang dan tutup pada hari Selasa.

      Reply

  3. Posted by ju on August 26, 2013 at 4:47 pm

    maaf nak mencelah sket ye. anak sis sakit apa ye? ok dh skrg? still berubat dgn dr wan? saya org sana&sll jgk p berubat. skrg makin cbok doc wan 2..sabtu ahad mmg sebelum subuh org dah tggu dgr ceritanya

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: