From Taiping With Love..

Hari ni kami sekeluarga dan anak saudara ke Zoo Taiping..dah lama tak berjalan-jalan..Aina dan Alya pun suka nak pergi lagi ke Zoo Taiping…

Dekat 2 jam juga berjalan-jalan melihat binatang dan pemandangan…cuaca mendung menjelang tengahari tapi masih berpeluh-peluh kami…Azim anak saudara suami membantu mendukung Aiman untuk melihat binatang dengan lebih jelas lagi..dan suami pula mengambil gambar2 menarik…

Aina rileks….Super Alya cukup risau kalau ada monyet atas pokok…Aiman pula cukup suka dengan harimau dan kucing hutan…siap menghulur tangan dan memanggil-manggil…..

Hari ini, makan tengahari di Doli, restoran koteow goreng terkenal di Taiping…Aina order koteow goreng special yang berharga Rm 9…Kami pula makan nasi ayam dan koteow goreng biasa….masih sedap tapi sedap dulu lagi….bila koteow yang dibuat digoreng dalam kuantiti yang sedikit…

Cadangnya selepas makan ke Bukit Larut pula tetapi hari ni tak der rezeki kerana tiket dah habis dijual sejak pukul 10 pagi tadi..

Sebelum pulang ke Bruas..singgah ke medan selera membeli popiah special yang terkenal di Taiping….memang istimewa dan sedap kerana kulit popiah dibuat sendiri..

Dan cukuplah aktiviti untuk hari ini…berjalan2 sambil merehatkan fikiran dan lawatan sambil belajar untuk Aiman Si Hebat CP…!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: