3 Beradik & Kak Raw @ Gedangsa

Hari ni kami ke Gedangsa lagi…tapi kali ini Pak Lang dan Mak Lang Aiman yang membawa kami ke sana kerana suami perlu menghadiri kursus di Petaling Jaya….Kami tiba sekitar 8.00 pagi dan kak Raw sudah pun memulakan sesi rawatan…ingatkan boleh bersarapan di warung kak Ani yang terletak bersebelahan di seberang jalan rumah kak Raw tapi hari ini kak Ani tak berniaga..lepas letak bekas bandage Aiman, kami pergi bersarapan di restoran bersebelahan Masjid Gedangsa…

Hari ini Aiman Si Hebat CP tidak keseorangan…Aina, Alya dan sepupu turut menerima sentuhan kak Raw untuk Terapi Minda… untuk menjadi lebih hebat!! 

Dari Gedangsa singgah ke Keramat….Aina dan Alya mula keluh kesah..sakit kata mereka…tiba-tiba saja Alya muntah….habis seluar dan baju..Menuju ke rumah Mak Lang di Rawang , Aina pula menangis dan akhirnya tertidur…begitu juga Alya yang keletihan…

Jadi siapa yang paling hebat hari ini?? Menahan ketidak selesaan dan kesakitan selama hampir 4 jam…Tentunya Aiman Si Hebat CP…Aiman cuma merengek sikit dan kemudian tertidur sepanjang perjalanan tidak seperti minggu-minggu lepas….Walaupun kaki terasa kebas, tapi cukup lega rasanya….

Petang ini kami akan bertolak kembali ke Bruas..awal pagi2 esok Aiman Si Hebat CP akan menyambung kembali sesi intensif fisioterapi dengan Doc Wan di Setiawan..Ganbatte!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: