Dari Bruas ke Setiawan..

Sudah 6 hari sejak bermulanya cuti sekolah saya dan 3 beradik berada di kampung halaman suami di Bruas…Untuk menghadiri sesi intensif fisioterapi Aiman Si Hebat CP bersama Doc Wan di Setiawan.. Setiap hari, seawal jam 5 pagi kami telah bergerak keluar ke pusat rawatan Doc Wan di Kg. Setiawan.

Hari pertama, memandu kereta di jalan yang sunyi,melewati kebun kelapa sawit,sesekali berselisih dengan lori, keadaan jalan yang yang kurang baik dan ketika ini hujan di awal pagi membuatkan saya sedikit bimbang tapi kena kuatkan semangat!!….Ini pengalaman pertama saya menempuh perjalanan bersama 3 beradik tanpa suami di sisi…di awal pagi…saya berserah kepada Allah untuk memberi perlindungan kepada saya dan anak2..Walaupun perjalanan mengambil masa hanya 40-45 minit, terasa lama benar memandu di pagi yang hening dan sunyi…Mujur juga pada hari ke-2, anak saudara sudi menemani…hilang rasa sunyi sepanjang perjalanan…

Biasanya kami sampai di pusat rawatan kira2 jam 5.40-5.45 pagi..sudah ada kereta ‘booking’ yang menunggu…singgah di surau berdekatan untuk solat subuh sebelum menanti kedatangan Doc Wan sekitar 6.15 pagi..Kali ini kami datang bersama rakan seuniversiti dulu….lebih 10 tahun tidak berjumpa, berjumpa semula di FB, akhirnya Ayu dan suami turut membawa Hasif anak mereka untuk datang mendapatkan rawatan Doc Wan….

Doc Wan meminta kami datang awal pagi untuk sesi fisioterapi Aiman..juga kerana ada sekumpulan pesakit Doc Wan yang sering datang dalam kumpulan yang besar..Mujur juga Doc Wan memberi laluan kepada Aiman dan Hasif dahulu…jika tidak pasti 3 jam kami terpaksa menunggu mereka ini…

Minggu depan berakhir intensif fisio ngan Doc Wan sebelum Doc Wan ke luar negara selama 2 minggu….Janji Doc Wan, Insya-Allah sebelum pergi Aiman dan Hasif akan menghadiri sesi terapi air dan kami perlu pergi menaiki bot Doc Wan..satu lagi momen menarik sepanjang sesi rawatan dan terapi untuk Aiman Si Hebat CP!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: