Aiman & Kino Tanaka @ Pacific Speech Therapy

Semalam kami membawa Aiman Si Hebat CP untuk sesi penilaian ‘Occupational Therapy (OT)’ di Pacific Speech Therapy yang terletak di Island Glades, Penang..tempat di mana Aiman turut hadir bagi sesi ‘speech therapy’. Rakan yang mencadangkan kami ke sini kerana katanya ‘Ocuppational Therapist’ di sini memang bagus!

Miss Kino Tanaka berasal dari Fukushima, Jepun dan sudah 15 tahun menetap di Malaysia selepas berkahwin dengan warga tempatan…Mulanya saya ingatkan Miss Kino hanya pandai berbahasa Inggeris dan Jepun..tapi sangkaan saya meleset sama sekali..Dia boleh berbahasa Melayu dengan fasih…Dan dia amat gembira bila berpeluang bercakap dalam bahasa Jepun dengan suami…mungkin juga kerana dia sudah amat rindu untuk bercakap dalam bahasa Jepun…!!

Miss Kino lembut orangnya…menilai Aiman dengan cara tersendiri…Aiman menangis juga kerana masih tidak kenal dan biasa dengan Miss Kino…Sambil menyanyi dia membuat urutan untuk menenangkan Aiman…

Antara perkara yang dinilai Miss Kino termasuklah keupayaan Aiman dalam ‘gross motor, fine motor, visual perception, auditory perception, tactile sensation dan emotional’….Kata Miss Kino..Aiman perlu meningkatkan keupayaannya untuk menstabilkan diri semasa duduk dengan menggunakan otot sekitar perut bukan menggunakan kakinya..Jika Aiman dapat duduk dengan baik, Aiman juga akan mudah mengawal anggota lain seperti kedua-dua tangannya…Miss Kino melakukan beberapa aktiviti semasa penilaian termasuklah menaiki kuda mainan, melihat cara Aiman ‘menulis’ dan memberi doh..Muka Aiman berkerut semasa memegang dan menarik doh..dan tiba2 Aiman menangis dengan kuat….Aiman tidak selesa dengan doh tersebut !! Semasa Ms Kino mencuba sekali lagi meletak doh atas pinggan mainan, Aiman mengambil dan membalingnya!! Ini kali pertama saya melihat reaksi Aiman yang sebegitu semasa memegang sesuatu objek baru..emmm tactile sensation yang perlu diberi perhatian..!

Selesai penilaian, kami duduk berbincang..di mana membetulkan cara  dan menstabilkan keadaan Aiman semasa duduk dan menggunakan kedua tangan adalah matlamat utama kami. Miss Kino memberi beberapa aktiviti untuk dilakukan di rumah seperti menunggang kuda mainan dengan memastikan Aiman duduk dalam keadaan tegak dan melakukan ‘Building Block activity’ yang berasaskan daripada ‘Brain Gym activity’ sebelum stretching. Miss Kino juga memberitahu dia akan melakukan ‘patterning’ terhadap Aiman!!

Tidak sabar rasanya untuk membawa Aiman bagi sesi pertama ‘Occupational Therapy’ bersama Miss Kino nanti!!

“No Limits For Aiman Si Hebat CP!!”

4 responses to this post.

  1. Posted by wendy on December 10, 2011 at 10:16 am

    actualli how do u find the terapi in Pacific? my son is seeing a therapist in island hospital all these while. Tapi plan to change to pacific. so i not sure.. i so stress mau ajar anak cakap… teach him, sometimes he cries… he’s going to be 4yrs old in 3 more months. cuma cakap maximum 4 words in a sentence.. n always say the same thing. susahh

    Reply

    • Wendy, I cuba google n find out one blog yang wrote about this centre..good recommendation actually..u can contact Ms. Ooh – 017-4827098 or 04-6587098..Address: 12G, Jalan Delima, Island Glades, Penang.

      Reply

      • Posted by Azimat on August 23, 2012 at 1:45 pm

        Salam,may i know roughly what is the cost untuk 1 session?tqvm.

      • Waalaikumsalam Azimat! Di Pacific Speech Therapy, ada disediakan beberapa pakej. Selalunya kami akan ambil pakej uuntuk 6 sesi sekaligus yang berharga RM 360..harga pakej lebih murah berbanding harga bayaran per sesi,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: