No More Tounge Exercise Ya!!

Hari ni sesi ke-2 dengan Ms Kok untuk sesi speech therapy di Butterworth, cawangan baru Pacific Speech Theraphy…Aiman mulanya agak kekok, mungkin juga kerana lupa sekejap pada Ms Kok, speech therapist baru untuk Aiman…Tapi pandai betul Ms Kok ambil hati Aiman….bermain sambil belajar sticker bunga dan ladybird yang ditampal di dinding…Aiman sudah ok semula…

Ms. Kok punya suka bila Aiman faham arahan untuk menolak kereta kepada saya…lepas saja tekan siren, terus Aiman menolak kepada saya. ..dan kami pula menepuk tangan untuk Aiman….Very Good! kata Ms Kok dan Aiman pun tunjukkan isyarat very good padanya…Ms Kok terkejut…ehh dia tahu tunjuk la…dan saya tersenyum…

Hari ni Aiman enjoy…belajar dan bermain matching warna kereta…Broom..broom…kata Aiman sambil menolak kereta mainan…Aiman dah tak kekok nak ‘keluarkan ‘ suara dengan Ms. Kok walaupun baru masuk kali ke-2 sesi bersamanya…dan tentunya yang paling suka ialah Ms Kok kerana Aiman sudah mula bersuara….Selepas itu Aiman belajar dan bermain matching board untuk makanan…dan saya sibuk mencatat di buku nota…

“No more tongue exercise ya, di sini”.. kata Ms. Kok kepada saya…cukuplah saya sudah tahu dan mempraktiskannya di rumah sahaja..tambah Ms. Kok kerana dia ingin menumpukan pembelajaran bahasa dan komunikasi kepada Aiman..Dia juga tidak mahu Aiman stress menangis kerana katanya nanti Aiman tak suka datang ke centre..

Kami berbincang seketika sebelum pulang, rutin biasa di Pacific Speech Theraphy…Ms. Kok memberi idea dan penerangan lanjut tentang aktiviti untuk Aiman di rumah…

Sebelum pulang, saya meminta  Aiman bersalam dan mencium tangan Ms. Kok dan Aiman melakukannya !!…

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”

One response to this post.

  1. Posted by kjue :) on October 30, 2011 at 4:01 pm

    alhamdulillah..aiman hebat..:)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: