Aiman & Doc Wan @ Setiawan (Part 1)

Pagi ini dari rumah abang ipar di Beruas kami bergerak ke Setiawan dan sampai ke pusat rawatan homeopati dan fisioterapi Doc Wan sekitar 6.40 pagi…Sangka kami, kami yang terawal, rupanya sudah ada 2 pesakit di dalam. Puas menunggu, pukul 8.40 pagi, baru tiba giliran Aiman…

Ini kali ke-4 kami menemui Doc Wan, tetapi kali pertama Aiman mendapat sentuhan tangan Doc Wan untuk fisio. Kelmarin sebenarnya kami sudah datang, tetapi hanya dapat masuk pada pukul 11.00 pagi…sudah lewat pagi, Doc Wan tidak berhasrat untuk meneruskan fisioterapi…Datang pagi-pagi esok..pesan Doc Wan, waktu itu otot-otot masih lembut senang untuk fisio pesan Doc Wan.

Aiman menangis bila saya membuka bajunya. Mungkin takut dibalut seperi Kak Raw. Jenuh memujuk, Doc Wan teruskan juga sesi fisioterapi. Aiman terus menangis dan kejang melawan Doc Wan…Kata Doc Wan ada caranya untuk hilangkan kejang Aiman..Doc Wan cuma memicit atas lengan Aiman, terus lembut tangan Aiman…Tambah Doc Wan,  tapi ini bukan caranya, kerana kita hendak ia dilakukan sendiri secara natural, bukan dengan menekan ‘butang’ tersebut..

Gerun melihat tulang punggung Aiman yang terjojol keluar sedikit bila Doc Wan menunjukkannya kepada saya dan suami. Kemudiannya, Doc Wan meminta suami menyokong badan Aiman untuk sesi masuk tulang dan membetulkan tulang belakang. Cara Doc Wan hampir sama dengan Kak Raw semasa sesi masuk tulang. Terkejut sebentar bila Doc Wan beritahu tulang punggung Aiman dah masuk ke tempat asal..Krock bunyinya kata Doc Wan..Saya melihat tempat tulang punggung yg nampak tadi…sudah rata kulit Aiman..tak nampak tulang yang terjojol…Alhamdulilah.. Aiman pula masih menangis…dan fisioterapi Aiman berhenti di situ…Kata Doc Wan, Aiman masih sakit lagi selepas sesi  masuk tulang…Cukuplah kali ini, biar dia berehat dan hilangkan kesakitannya dulu.

Menunggu Aiman ditenangkan suami, saya mengambil peluang bertanyakan soalan tentang Aiman..’Maaf ya Doc Wan, bertanya banyak soalan, saya perlu memahami keadaan Aiman’ kata saya kepada Doc Wan…Doc Wan menjawab sambil tersenyum, sebenarnya dia lebih gembira bila saya atau suami bertanyakan soalan daripada diam membisu..!

Dan hari ini selepas berjumpa Doc Wan, sebelum pulang, kami bersarapan di restoran berhampiran..roti canai dan nasi lemak panas yang cukup enak…..hinggakan Aiman tertidur kekenyangan dan keletihan sepanjang perjalanan pulang…..See U, Doc Wan!!

Alamat Dr. Wan:

HOMEONE HEALTHCARE CENTER (HOMEOPATHY AND PHYSIOTHERAPY

DR. WAN ZAINAL ABIDIN BIN WAN MUDA,

NO.87, LOT 2105, KG SITIAWAN,

32000 SITIAWAN,

PERAK.

HP: 019-4274332, 019-4713545, 019-3674120

EMAIL : dr.wanzainalabidin@yahoo.com

*By appointment

                                       “No Limits for Aiman Si Hebat CP”                                                                                

6 responses to this post.

  1. Posted by FAZILAH EMBI on November 5, 2011 at 4:16 pm

    Assalamu’alaikum,
    Kami mempunyai puteri CP( 5 years) yang mempunyai masalah Hip dislocation. Ingin alamat dan Tel. Doc Wan Setiawan dan Kak Raw Felda Gedangsa. SYUKRAN JAZILAN

    Reply

  2. Posted by ct-su on November 14, 2011 at 6:26 am

    Kak Ju, saya pernah pegi pakar tulang di Penang, Chinese…tulang patah, tulang terkeluar dll yang berkaitan tulang…Dekat Far Lim, Ayer Hitam. Nama tempat tu Hor Chin Seng, dekat flat2….saya sendiri pernah ada masalah tulang pinggang, alhamdulillah lepas setahun pegi buat treatment kat sana, pinggang dah ok. MAna tahu kalau ada sesiapa nak cuba….

    Reply

  3. Posted by firdaus on September 15, 2013 at 6:46 pm

    Assalamualaikum…klu buat rawatan utk salur darah mata brp bayarannya…

    Reply

  4. As Salam, Beliau memang pakar. Ramai orang datang untuk mendapatkan khidmat Dr. Wan terutamanya yang melibatkan sakit tulang & saraf. Biasanya orang akan ambil nombor awal pagi untuk buat rawatan. Oleh kerana rawatan dilakukan awal pagi Ramai yang datang dari jauh-jauh datang menginap bermalam di Chalet bapa mertua saya sebelum membuat rawatan. Chalet bapa mertua saya berhampiran dengan pusat perubatan Dr. Wan. Untuk kemudahan sesiapa yg nk menginap ini alamat penuh chalet bapa mertua saya.

    TANJUNG UDA RIVER RESORT
    LOT 007, KAMPUNG SITIAWAN SITIAWAN PERAK
    Tel: 019-3716353 http://www.tanjunguda.com facebook: TANJUNGUDARIVERRESORT

    Tq-

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: