Subhanallah!!

Hari ini saya hampir terlepas temujanji Aiman dengan Dr. Shila…Betul2 saya yakin temujanji Aiman pada 13 Okt, tetapi hati asyik berdetik selepas Subuh tadi untuk melihat kembali surat Dr. Thiyagar untuk Dr. Shila…Nasib baik suami belum ke tempat kerja…

Berjumpa dengan Dr. Shila bermaksud kami juga menukar sesi follow-up dari Hospital Sg. Petani ke Hospital Kulim selepas ini…Aiman tak meragam..senyum bila doc Shila menegurnya…Good! kata doc Shila..Bertanya tentang progress Aiman, doc Shila juga membuat penilaian dengan memeriksa keadaan Aiman…

Kata doc Shila teruskan dengan terapi especially speech therapy…Car seat yang saya gunakan semasa speech therapy activities di rumah kata doc Shila, ialah seat yang paling sesuai untuk digunakan oleh kanak2 CP yang masih kecil seperti Aiman…Doc Shila beritahu, dia juga bersetuju untuk Aiman mendapatkan suntikan botox di kakinya…supaya mudah untuk Aiman melakukan strecthing dan mengurangkan keadaan kaki silangnya..

Doc Shila akan aturkan temujanji dengan doc Izmi, pakar rehab di Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut..Selain suntikan Botox , doc Shila juga mencadangkan kami untuk berjumpa dengan pakar Orthopedic yang berasal dari Jerman untuk penilaian memakai AFO..

Doc Shila bertanya juga penerimaan Aina dan Alya tentang Aiman…Kami memberitahu, mereka faham tentang keadaan Aiman dan tentang kami yang sering perlu berulang-alik membuat rawatan untuk Aiman. Dan kami amat berterima kasih kepada Aina dan Alya tentang itu!! Walaupun saya tahu mereka penat apabila perlu melakukan perjalanan jauh untuk Aiman….kami tiada pilihan!!

Saya bertanya adakah kemungkinan serangan sawan yang pernah Aiman lalui pada hari ke-2 kelahirannya boleh berulang…Kata doc Shila, kemungkinannya ada dan meminta saya memantau kesihatan Aiman setiap masa terutamanya ketika demam..walaupun suhunya meningkat hanya 38.5°C..

Sebelum sesi kami berakhir, saya meminta doc Shila menerangkan dengan lebih lanjut tentang keputusan MRI yang lepas, di mana Periventricular Leukomalacia (PVL) atau kecederaan otak Aiman yang berada di tahap maksimum.

Kata doc Shila..setiap individu berbeza…Walaupun PVL Aiman di tahap maksimum, tindak balas Aiman begitu mengkagumkannya….SUBHANALLAH!! Itu sahaja perkataan yang terdetik di hati saya ketika itu…Dan terngiang-ngiang di telinga saya kata2 senior doc semasa bertemu kami untuk memberitahu hasil ujian MRI dulu…”Puan, tingkatkan apa sahaja usaha yang puan lakukan sekarang ini untuk Aiman…Percaya pada keajaiban!!”…Ya, sesungguhnya Allah Maha Besar!!

Sebelum pulang, Aiman menjalani ujian x-ray untuk status hip jointnya, status yang perlu diketahui  semasa berjumpa doc Izmi nanti!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”

One response to this post.

  1. Betul kak..Nabila dulu masa baby takde sawan..tapi amsa umo 1 tahun dia demam panas…jadi balik sawan dia..walaupun tak teruk just hanya kedip2 mata..tapi bend ayang kerap berlaku sure effect pada brain dia…huhu..bila demam mesti kena pantau…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: