Jiran Hebat Saya (Part 3)

Sejak lewat pagi Ahad lepas, peti ais kami mula meragam..Sebelah malam baru Mr. Fatt dapat datang untuk mengambil peti ais…Kebetulan sebelah pagi suami pergi ke pasar membeli stok bahan mentah…maka banyaklah stok yang perlu dipunggah…nak simpan kat mana ni?? Saya mula menelefon jiran2 terdekat..

Alhamdulillah, saya mempunyai jiran-jiran hebat…memberi ruang untuk stok makanan kami…Mula2 bagi setengah kat  dua jiran belakang rumah..selepas itu jiran sebelah dan depan rumah…

Hari Isnin, Mr. Fatt menghantar peti ais sementara…kata Mr. Fatt, peti ais dia ada dua, satu untuk Melayu dan satu lagi untuk lain bangsa..”Kita tak nak ada campur daging tu nanti”, tambahnya. Terharu mendengar kata2 Mr. Fatt yang memahami sensitiviti orang Islam…”Bagusnya dia..”bisik hati kecil saya.. Peti ais sementara kecil sahaja, jadi saya cuma mengambil stok makanan di satu rumah sahaja dulu.

Hari ni, baru peti ais kami siap diperbaiki dan dah pun dihantar ke rumah…Alhamdulillah…risau jugak kalau langsung tak boleh diperbaiki…caj yang dikenakan RM 240..Suami beli peti ais ni dah lebih 11 tahun, masa masih bujang….baru kali ini peti ais kami ‘demam’…so hari ini saya mula mengambil kembali stok makanan yang disimpan di rumah jiran sejak malam Ahad lalu…

Kepada jiran-jiran hebat  saya, kak Mas, kak Linda, Ta dan Tie…Terima kasih banyak2 ya!!

Pisang emas dibawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi dibawa mati..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: