Cerita tentang CP..

Melihat luaran Aiman yang kelihatan biasa, acap kali saya terlupa dia kanak-kanak CP…dan kesibukan saya di pejabat dan rumah tangga dahulu seringkali melalaikan saya tentang global developmental delay  dan tentang otot kejangnya…Saya mencari juga maklumat tentang CP tetapi sebenarnya ia masih belum cukup untuk menyedarkan saya untuk mengorak langkah dengan lebih gigih…

Namun Alhamdulillah, Allah membuka mata hati saya tentang CP yang sebenarnya…Dengan doktor di klinik swasta yang sentiasa mengambil berat tentang perkembangan Aiman dan saya sendiri mula mencari ilmu dan maklumat serta rawatan tentang CP…Sehingga kini, Kamus Oxford menjadi teman setia saya…

CP bukan cerita tentang penyakit otot dan urat yang sakitnya biasa-biasa sahaja, ia bukan cerita tentang lambat bertutur seperti kanak-kanak normal yang lain dan ia juga bukan cerita tentang air liur yang meleleh kerana teringinkan sesuatu semasa dalam kandungan….atau tentang developmentalnya yang akan menuruti umurnya dengan sendiri…

Tetapi Cerebral Palsy atau CP lebih daripada itu…ia tentang kecederaan otak, bahagian terpenting yang mengawal keseluruhan sistem manusia dan ia terjadi atas pelbagai faktor yang mana ia  mengganggu pergerakan dan keseimbangan postur terutamanya dan ia mungkin turut menjejaskan pertuturan, penglihatan,pendengaran dan menyebabkan sawan..malah ia turut mampu menjejaskan pelbagai perkara seperti sistem pertahanan badan, pemakanan, berat badan dan keupayaan dalam pembelajaran.

CP bukan mengambil masa sehari, seminggu, sebulan atau setahun untuk ‘dipulihkan’.Ia mungkin mengambil masa bertahun-tahun atau sepanjang hayat untuk mengurangkan kesan-kesannya. Saya percaya usaha dan ikhtiar kita yang berterusan disertai doa dan tawakal mampu memulihkan keadaan anak kita untuk menjadi yang lebih baik.

Jadi mengapa kita perlu menunggu lebih lama untuk proses memulihkan anak CP kita…Tiada jalan mudah dan tiada jalan pintas untuk memulihkan mereka. Semuanya menuntut pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit dan apa sahaja. Hidup kita mungkin bertukar 180°…kerana kita mengejar masa…

Allah Maha Kaya, semakin gigih kita berusaha untuk anak syurga kita, semakin mudah urusan dan rezeki kita diberiNya…dan itu ialah realiti….

Bagi saya harapan menjadi angan-angan jika tidak disertai dengan usaha yang gigih…tetapi harapan mungkin menjadi realiti setelah kita berusaha sehabis daya, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Percayalah dan bertindaklah sekarang!!

“No Limits for Aiman Si Hebat CP!!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: