Kami @ Surau Al-Munawarrah

Semalam kami satu famili dan jiran, Mak Tok pergi bersama ke Surau Al-Munawarrah untuk meyertai komuniti bagi upacara perasmian surau yang telah setahun 7 bulan didirikan hasil kutipan daripada komuniti dan sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak…

Selepas solat Maghrib, Tuan Mufti Negeri Kedah Dato’ Syeikh Muhamad Baderudin Bin Haji Ahmad memberi ceramah sekaligus merasmikan bangunan surau….Surau Al-Munawarrah memang aktif dalam pelbagai aktivitinya…Cuti sekolah tahun lepas Aina dan 2 sepupunya menyertai Kem Solat anjuran surau..Koperasi  sudah pun ditubuhkan  5 bulan yang lalu…dengan kegiatan utamanya pengedaran dinar dan dirham….Ustaz Rafidi beritahu dalam masa 5 bulan koperasi dah dapat untung RM30k hasil pengedaran dinar & dirham….Lepas ni insya-Allah kedai runcit dan tahfiz pula akan menyusul….Suami beritahu Surau Al-Munawarrah dah pun dapat green light untuk Solat Jumaat…Alhamdulillah..

Semalam suami ditugaskan jadi photographer…siap pakai sampin baru…kata suami AJK kena pakai sampin…Alya pula ditugaskan menjaga Aiman semasa saya dan Aina bersolat…dan tugas mereka disempurnakan dengan baik sekali..Tima kasih Alya jaga Aiman….dan very good untuk Aiman Si Hebat CP yang dah tak menangis lagi..siap nak berkawan lagi!!

Selepas solat Isyak, masa untuk jamuan hari raya…Waktu jamuan Aiman punya la suka makan nasi tomato yang sedap. …tak sempat nak rasa roti jala dan roti John….dah habis..punya meriah, maklumlah jamuan hari raya sekali…

Insya-Allah lepas ni kami akan terus sentiasa menyokong aktviti yang dianjurkan oleh Surau Al-Munawarrah, lambang penyatuan komuniti muslim di sini!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: