Jiran Hebat Saya (Part 2)

Jemputan rumah terbuka tahun ini agak berbeza sedikit di barisan rumah kami..jemputan untuk kaum ibu dan anak-anak sahaja…di waktu petang…Saya selalu berjanji dengan jiran sebelah, pakai pun biasa2 saja..

Rumah pertama, kat rumah Zmah…dengan hidangan mee sup..lama tak makan..simple tapi cukup rasa…macam nak tambah, tapi macam malu pula…Mula2 ingat Zmah buat untuk anak2 sahaja, panggil Aina dan Alya, tapi bila satu rombongan kanak2 datang menjemput saya….memang wajib pergi.!!

Rumah ke-2 pula, di rumah Mak Tok…Mak Tok buat soto sebagai hidangan utama…punya sedap, sampai Aiman yang saya suap tak nak berhenti makan soto…terpaksa emaknya menahan sabar…Alya pula tak sengaja pecahkan pinggan Mak Tok..terus hilang selera…tapi berselera balik bila tengok kek coklat yang Mak Tok buat…Cerita pasal Mak Tok sikit…Mak Tok suka memanggil Aiman-Manman…Mak Tok memang tak suka kalau dengar orang panggil Aiman anak istimewa, apatah lagi kalau OKU…Kata Mak Tok, Aiman ok, nanti dia boleh jalan dan cakap macam orang lain….Mak Tok cakap anak dia pun dulu jalan lambat, darjah 3 baru boleh lancar bercakap…Dulu doktor nak buat operation kat lidah anak Mak Tok, tapi mak Mak Tok kesian dan berkeras..”Biar dia tak boleh cakap, jangan operate”…Tambah Mak Tok, waktu pergi sekolah, beria-ia angkat tangan nak jawab soalan, tapi tak boleh cakap, Mak Tok cerita..lucu pun ada, sedih pun ada bila mendengar cerita Mak Tok…

Dan rumah ke-3..rumah Kak Nah…ada lemang dan rendang juga bihun goreng…malam tu Aiman dan Aina tak mahu makan malam lagi kerana kekenyangan makan bihun goreng kak Nah yang sedap..

Lepas ini rumah siapa pula…yang pasti, seronok juga makan2 bersama ibu2 dan anak2….Suami bertanya, untuk kaum bapa tiada jemputan ker…saya ketawa…Not for this year!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: