Kali ini…

Entah kenapa kali ini, bila mendengar kata-kata doc Wan saya gelisah…Masuk saja dalam kereta saya menangis….risau bercampur sebak memikir tentang Aiman…Waktu doc brief keputusan MRI dulu…dengan tahap kecederaan maksima saya masih boleh bertahan..dan bila kak Raw beritahu tulang belakang Aiman bengkok sedikit saya juga masih cukup tenang menerimanya..cuma bila doc Wan memberitahu dengan lebih terperinci saya menjadi tidak keruan….suami memujuk..mungkin banyak sangat input yang saya terima….dan mungkin juga kerana saya sendiri berasa cukup letih sepanjang perjalanan dari petang Khamis hingga Ahad, saya menjadi sangat sensitif…

Sebenarnya appointment dengan doc Wan telah kami buat seminggu sebelum ke Felda Gedangsa….Mulanya saya dan suami bercadang membatalkan pertemuan dengan doc Wan kerana telah menemui kak Raw…tetapi abang suami mencadangkan kami pergi juga..”Dia neuro surgeon..”..kata abang suami…dan kemudiannya kami mengambil keputusan untuk pergi menemui doc Wan pada pagi Ahad lalu di Setiawan..

Doc Wan memberitahu dia perlu memulakan sesi fisioterapi Aiman dari zero semula dan Aiman diminta mengambil ubat homeopati 5x sehari..Kata doc Wan, nak senang, ikut saja waktu sembahyang….Seperti kak Raw, doc Wan meminta kami membatalkan semua terapi dan pengambilan ubat kepada Aiman jika kami mahu doc Wan merawat Aiman..Doc Wan juga pengamal homeopati dan berkebolehan dalam fisioterapi…

Kami di persimpangan….kak Raw atau Doc Wan??? Kami buntu seketika…Dalam perjalanan pulang, saya dan suami berbincang…..Akhirnya setelah menimbang dari pelbagai sudut kami sepakat dan bersetuju untuk mencuba keduanya…Dan saya amat berharap tindakan ini membawa kebaikan untuk Aiman Si Hebat CP…!! Ya Allah, perkenankanlah!!

2 responses to this post.

  1. Posted by Nurul on September 19, 2011 at 3:08 pm

    Insya ALLAH..moga ALLAH perkenankan harapan K.Ju sekeluarga yer….sedih baca artikel tu (especially first paragraph)

    Reply

  2. Posted by kjue :) on October 3, 2011 at 10:31 pm

    sabar ye ju..byaknya pahala ju dpt dgn menjaga ank syurga..ju insan terpilih diberi tgjawab besar ni..tak smua org mampu menggalasnya. all de best ju..!

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: