Aiman & Kak Raw @ Felda Gedangsa (Part 1)

Asalnya petang Khamis lalu, perancangan kami hendak ke The Tole seperti biasa…dan mungkin singgah berjumpa Kak Raw di Felda Gedangsa selepas sesi akupuntur berakhir…Tetapi bila Kak Raw memberitahu sesi rawatan berakhir pada pukul 2 petang dan mungkin kami tidak sempat menemuinya, kami mengubah rancangan..berjumpa Kak Raw dahulu…

Sebenarnya dari dulu lagi saya sudah mendapat tahu tentang rawatan kak Raw setelah kakak ipar bersungguh meminta saya melihat kemunculan kak Raw di TV3 semasa siaran WHI tidak berapa lama dulu…Tetapi masih berasa tidak sampai hati untuk mencubanya kepada Aiman…Namun setelah sekian lama, bila mendengar cerita kawan2 tentang  kebolehan kak Raw, hati saya seperti ditarik-tarik untuk mencuba rawatan kak Raw…Tambahan pula saya bersetuju bila suami mengatakan mungkin sudah tiba masanya menukar cara rawatan Aiman….kerana setelah 10 bulan menjalani rawatan akupuntur….walau banyak perubahan pada diri Aiman, kini ia sudah seperti mencapai tahap optimum bagi rawatan akupuntur itu sendiri….

Jadi perjalanan kami kali ini hanya hingga ke Tanjung Malim…kami menginap semalam di Hotel Bunga Raya…RM70 semalam dengan 1 katil king size+single size…selesa juga..cukuplah, lagipun kami cuma ingin bermalam sahaja…

Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi kami telah sampai ke Felda Gedangsa..Perjalanan dari Tanjung Malim ke Felda Gedangsa cuma sekitar 30 minit. Kami bersarapan nasi lemak enak panas2 di warung seberang jalan rumah Kak Raw sementara menunggu… Kak Raw mula awal hari ini..kira-kira pukul 8.00 pagi…Mula2 Arina yang berusia 4 tahun mengambil giliran…dari Sungai Petani…mereka sampai subuh tadi dan berehat di rumah kak Raw…..saya melihat kak Raw melakukan rawatan terhadap Arina…masih menangis walaupun sudah menjalani rawatan kak Raw lebih setahun…..Aiman pula ketawa melihat kak Arina….tak kena lagi kata saya….

Sampai giliran Aiman, Kak Raw bertanyakan keadaan Aiman…saya ceritakan serba ringkas sementara kak Raw memeriksa Aiman.. Terkejut bila kak Raw beritahu kaki Aiman dah panjang sebelah kerana tulang pahanya lari sedikit…dan tulang belakang Aiman yang sudah sedikit bengkok….Nada kak Raw sedikit kesal bila saya beritahu physiotherapist tidak memberitahu apa2 pun tentang hal ini….Mungkin kerana banyak tangan kata kak Raw…

Kak Raw nasihatkan hentikan semua dahulu apa sahaja terapi dan rawatan akupuntur yang Aiman sedang lakukan termasuk streching yang saya lakukan di rumah…Tunggu sebulan dan sepanjang tempoh itu cukuplah kak Raw lakukan terapi seminggu sekali, kata kak Raw..Kak Raw mencadangkan kami datang pada hari Jumaat..kerana hari Sabtu dan Ahad orang memang ramai…kata Syikin, emak Arina, pernah 100 orang kanak2 menunggu semasa hari Sabtu….

Selepas badan Aiman dipulihkan, kak Raw sapu krim Nivea di seluruh anggota badan Aiman termasuk kepala dan dibalut bandage..cuma kali ini tangan Aiman tidak dibalut kerana bandage dah habis…..kemudian kedua kakinya diikat…Selepas itu, Aiman didirikan di standing frame selama 10 minit….dan tak lama berdiri di standing frame Aiman mula menangis…Setelah memberi sedikit saguhati kepada kak Raw dan RM2 untuk bayaran pendaftaran, kami pun beredar..

Aiman menangis seketika tetapi dek mengantuk teramat sangat Aiman tertidur sepanjang perjalanan balik menuju ke Ipoh…..dan bila sampai ke Ipoh Aiman terjaga tetapi kali ini dia menangis  dengan kuat sambil meronta-ronta…, pastinya kerana tidak selesa dan kaki yang saling terikat…Puas saya memujuk, “Aiman hebat, Aiman pandai, Ma sayang Aiman, Ma tahu Aiman sakit….sabar yer Aiman, Ma nak bagi Aiman boleh berjalan, main bola…” Aiman akur, saya cium kepalanya yang dibalut bandage berkali-kali dan akhirnya Aiman berhenti menangis…Alhamdulillah..

Kami singgah di Ipoh di rumah kakak suami yang kebetulan akan mengadakan open house esok hari….menunggu 4 jam sebelum balutan dibuka menyeksakan jiwa raga saya….namun suami memujuk supaya bersabar….Saya teringatkan Ayu rakan study dulu yang turut membawa anaknya Hasif ke situ….Hasif dah boleh memanjat…..Saya kuatkan hati…Namun saya sedikit keliru..betulkah tindakan saya ini…akan menghentikan semua terapi, mengikut cadangan kak Raw….

Kata suami kita cuba dulu….menguatkan tekad saya kembali….Saya dan suami tahu Aiman sakit dan tidak selesa dengan terapi kak Raw…tetapi kami perlu mengejar masa….Aiman perlu ‘dipulihkan’ segera…sementelah usia masih muda…

Insya-Allah kata kak Raw, Aiman masih berpeluang untuk berjalan…dalam setahun ini….Dan tugas kami selepas ini, beralih arah ke Felda Gedangsa setiap hujung minggu nanti, merealisasikan keyakinan kak Raw dan agar mimpi menjadi realiti…Insya-Allah!!  

 

Alamat Kak Raw:

107, Jalan , Kg. Tengah, 

Felda Gedangsa,

44020 Kuala Kubu Baru,

Selangor.

TEL: 03-60463509 

http://kakraw.spcs.name.my

Hari & Masa Rawatan: Rabu-Ahad bermula 9.00 pagi.

“No Limits for Aiman Si Hebat CP”                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                               

4 responses to this post.

  1. Posted by salasiah on March 26, 2012 at 6:01 pm

    salam..kak sy nak tanya..nak g ke sne kna call utk buat appointment dlu ke??kos rawatan camane???

    Reply

    • Wsalam..just walk in..cuma utk org baru kak raw galakkan adtang hari sabtu or ahad…9.00 pagi-2.00 petang..tp dtg awal yer..sebab ramai yg dah menunggu. Setiap kali datang, bayaran pendaftaran RM2, sumbangan untuk kak raw ikut ikhlas kita…kalau guna oksigen tambah lagi RM5..tu jer

      Reply

  2. Posted by sara on July 27, 2012 at 5:03 pm

    oo..agak2 awal tu pukul berapa ye..anak sy pun baru dktr diagnos CP

    Reply

    • Sara, kalau baru pertama kali nak datang, lebih baik sampai dalam pukul 7 pagi..kerana pada masa ni dah mula orang datang..Bila sampai terus daftar di buku yang diletak di meja luar.Kalau dah biasa, boleh saja tidur di rumah kak Raw untuk mendapat giliran yang lebih awal.

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: