Abang Jan, jangan merajuk lagi…

Sebelum mengambil suami untuk ke Kuala Lumpur lagi, saya dan 3 beradik singgah di Kedai Kasut Hanizan, di Seberang Jaya….menempah kasut khas untuk Aiman.

Mula tu abang Jan periksa keadaan kaki Aiman dulu sebelum mengambil ukuran. Abang Jan mengingatkan saya untuk membuat streching setiap hari…jangan sampai otot kakinya pendek..kata abang Jan.

Sambil memeriksa kaki comel Aiman, abang Jan bercerita….dia baru habis merajuk, 6 bulan dia merajuk tak nak ambil tempahan…Saya  bertanya sebabnya..kata abang Jan, sebab tiada orang menolong….tak terambil tempahan…Waktu bulan Ramadhan abang Jan membuat capal untuk dijual..Baru lepas raya ini abang Jan membuka kembali perniagaannya. Menurut abang Jan, tempahan banyak, malah dari KL pun ada…Betul la tu…sebabnya saya sendiri pun kak Thana Occupational Therapist Aiman yang bagi alamat abang Jan…Kata saya, janganlah abang Jan merajuk lagi ya…

Saya memilih warna coklat untuk kasut but Aiman…sepasang  RM 160…Kata abang Jan kalau pergi di satu kedai lagi yang terkenal berdekatan Carrefour, kasut Aiman mungkin berharga RM 600 sepasang…

Janji abang Jan, Insya-Allah kasut Aiman siap 2 minggu lagi….Tak pa, kami sanggup menunggu, asalkan abang Jan jangan merajuk lagi..!!

2 responses to this post.

  1. Posted by Rathi Selvam on December 29, 2014 at 9:37 pm

    Selamat Sejahtera, Cik.. boleh saya dapat contact no Kedai Kasut Hamizan tu.. sbb nak tempah kasut untuk sepupu saya..
    terima kasih..🙂

    Reply

    • Selamat Sejahtera. Anda boleh hubungi Cobbler’s Corner, En Hanizan Mohd Salimin di 013-5941501, 019-5075364 (Jan), 04-3974173 @ No.42, Lintang Tenggiri, Seberang Jaya, P.Pinang,

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: