Gegar Gaban Raya…

Dah lama tak buat makan-makan sejak sibuk ‘memulihkan’ Aiman…..dulu kami suami isteri suka buat BBQ, ajak kawan-kawan dan jiran2 terdekat….memang meriah bila acara BBQ dibuat di laman rumah…. Sudah jadi kebiasaan suami suka menjamu kawan2 dengan air tangan sendiri…mula-mula tu rasa risau jugak nak memasak untuk 50-60 tetamu…tapi bila dah biasa, alah bisa, tegal biasa…..Ayam dan daging kambing bakar berempah dah jadi menu wajib….tambah lagi dengan bihun sup tulang dan juadah ringan lain…Walaupun penat sebelum dan selepas BBQ, kami seronok dan puas memasak sendiri….

Sabtu lepas, acara makan-makan disambung kembali sempena Aidilfitri….cuma kali ini saya buat kecil-kecilan sahaja..’Open house upon request’…Tapi masih meriah dengan kehadiran kawan-kawan baik di  tempat saya bekerja dahulu..Kawan-kawan semasa susah senang dan kawan-kawan yang bersama merealisasikan perkara yang dianggap mustahil dulu…

Yang dewasa riuh bersembang….yang kecil pulak riuh bermain…berebut-rebut nak naik scooter Aina dan Alya….tapi dalam riuh rendah tu…ada jugak anak kawan yang sabar dan pasrah menanti nak naik scooter…..Bagus betul Irfan!! Biasalah ketua riuh-rendah dipegang oleh Super Alya…Aina pula control ayu..maklumlah dah besar..

Kali ni hidangan utama Nasi Arab dan Ayam Bakar Berempah, lemang (yang ni kami beli) dan rendang….serta dadih jagung ….ringkas sahaja…yang penting dimasak dengan penuh kasih sayang dari kami suami isteri!! Insya-Allah murah rezeki nanti acara BBQ akan bersambung lagi…tunggu jemputan dari kami ya…

2 responses to this post.

  1. Posted by wani on September 12, 2011 at 3:20 pm

    Tenkiu kju..buat time sy balik eh!!

    Reply

  2. Posted by kjue :) on October 3, 2011 at 10:28 pm

    hebatnya ju..!🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: