Hari Raya lagi..!!

Raya 2011 @ Bruas 

Rasa-rasanya kalau masih bekerja lagi tentu mood kerja belum datang lagi…asyik teringat kisah hari raya…Raya tahun ini bermula di Bruas…Alhamdulillah tahun ini saya dapat bersembahyang raya kerana Super Alya berjaya menjaga Aiman Si Hebat CP…Lepas bersembahyang raya menziarahi kubur ibu dan abah mertua….yang terletak bersebelahan..walaupun jarak Tok Yam pergi sembilan bulan sebelum Tok Li pula pergi dijemput Ilahi..rezeki arwah Tok Li masih dapat bersemadi bersebelahan pusara arwah Tok Yam yang baik hati….

Beraya di Bruas memang meriah dari dulu…walaupun Tok Yam dan Tok Li sudah tiada lagi…anak-anaknya masih balik berkumpul…dan itulah yang paling ‘cantik’ pada keluarga suami ini…selalunya yang saya lihat bila kedua ibu bapa sudah tiada, adik-beradik pun membawa haluan sendiri…tetapi tidak pada keluarga ini…mereka masih rapat…seperti dulu..

Dulu-dulu waktu anak-anak sedara masih kecil, rumah Tok Yam memang confirm macam Titanic karam bila semua balik berkumpul….saya pula yang gemar mengemas dan mengambil kontrak segala isu tentang baju, selalu keletihan dan ada kalanya terpaksa tutup mata sebelah…Suasana memang riuh rendah…anak-anak sendiri+sedara bermain, yang dewasa bersembang…dan arwah Tok Li selalu kena bagi high volume suara TV….memang happening campur pening…

Tapi kali ini, bila anak-anak sedara sudah meningkat remaja…kuranglah sikit sepahnya…dan ada yang ringan tulang menolong..maklumlah Mak Su pun dah makin meningkat umur…suasana pun tidak lah pening-pening lagi….

Yang paling seronok bila berkumpul, selalunya Senior Master Chef Mak Lang, kakak ipar saya dibantu bersama oleh Master Chef2 yang lain, memasak macam-macam hidangan….Kakak ipar saya ini dah menjadi trade marknya, masakannya selalu pedas sungguh tapi itulah yang sedap..terutama  sambal tumis ikan bilis..bila makan terasa berasap telinga…Bab buat ketupat pula tahun ni macam biasa suami turun padang sekali menolong kakak-kakaknya…

Biasanya bila malam hari raya, kalau Pakcik dan Makcik balik, panggilan untuk kakak atas suami, memang berdentum-dentam la rumah Tok Yam dek bunyi mercun…biasalah Orang Kaya Ipoh sponsored…gelaran untuk Pakcik yang rezekinya sentiasa melimpah-ruah….memang happening…Tahun ini Pakcik n Makcik balik raya ke-2. tak sempat Aina n Alya tengok abang2 sedara main mercun..

Acara anugerah duit raya memang ditunggu-tunggu oleh yang muda-muda….kami pula saling bermaafan…adatlah adik-beradik, kadang-kadang terasa hati namun bila dah sejuk semuanya senyum dan ketawa bersama kembali…

Itulah momen-momen manis beraya di Bruas…kunjungan saudara mara menambah meriah di rumah pusaka ini….Sejak 2 tahun ini rumah pusaka tidak lagi sunyi…Mak Teh@ Kak Ana n famili tinggal di sini…rezeki naik pangkat ditukar ke sini…Kak Ana, tahun depan kalau ada rezeki kami sponsor langsir baru ya!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: