Menjelang Raya (Episod Akhir)

Lagi 2 hari Ramadhan bakal berakhir dan Syawal pula menjelma..terasa cepat benar tahun ini, Ramadhan berlalu…Bagi kami pula sudah menjadi rutin pada masa ini membuat ‘major cleaning’ atau 5S…sekurang-kurangnya 3x setahun termasuk semasa menjelang raya…

Jadi kelmarin kemuncak major cleaning kami…setiap inci dalam rumah dibersihkan..mencuci tingkap dan gril, mengelap kipas angin, membersihkan bilik, mengemas dan menyisih barang-barang yang tidak digunakan lagi, menyusun atur semula semuanya…dan menjual barang2 di kedai..semalam sahaja hubby dapat RM 40 lepas menjual barangan yang tidak diperlukan lagi..

Saya memang suka berkemas…. terus terang saya katakan saya memang tak betah melihat rumah yang bersepah…apatah lagi jika tidak bersih..mungkin kerana dari kecil lagi saya telah dididik begitu dan melihat emak yang sentiasa akan memastikan rumah kami sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas..malah waktu saya bekerja dahulu saya akan pastikan meja saya sentiasa bersih dan tersusun..

Jadi nasib baik juga anak-anak memberi kerjasama…sebelum itu Aina dan Alya mengemas dan menyusun buku2…kemudiannya mengambil alih melayan dan menjaga Aiman..dan kami suami isteri mula berkemas…Aiman memanggil emaknya juga, tapi saya terpaksa buat tak tahu…sesekali menjenguk mereka…kerana dah kesuntukan masa…lepas berbuka puasa baru terasa penatnya…Aina dan Alya pula buat 3S (Sisih,susun dan sapu) dengan sebekas kotak permainan mereka..Aina juga membantu saya mengasingkan permainan yang boleh digunakan semasa sesi speech therapy Aiman di rumah…Hebat semua anak Ma!!

Hari ini major cleaning akan disambung kembali selepas balik dari speech therapy Aiman nanti..kali ini menggantung langsir, mencuci laman rumah dan luar rumah, tetapi jika hujan masih turun, mungkin ops major cleaning di luar terpaksa ditangguhkan….suami pula sudah ada projek tambahan sejak 2 minggu sudah..membantu jiran membeli dan memasang lampu raya dan hari ini memasang frame gambar pula..Mak Tok siap bagi duit raya lagi!!

Insya-Allah esok pagi kami akan berangkat ke Bruas..family reunion…walaupun Tok Li dan Tok Yam dah tiada lagi, suami dan adik-beradiknya yang lain masih berkumpul di hari raya di rumah pusaka…nanti raya kedua baru saya pulang ke rumah emak dan menziarahi pusara abah…

“Selamat Hari Raya Aidilfiri & Maaf Zahir Batin” dari kami sekeluarga…!! 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: