Raya Banzai…emm..

Melihat rancangan Majalah 3 sebentar tadi dalam segmen ‘Raya Banzai’ di mana dikisahkan sambutan hari raya semasa zaman jepun dan keakraban persahabatan yang terjalin antara Dato’ Aziz dan Kapten (B) Kobayashi pada ketika itu…Kini pada usia 85 tahun persahabatan mereka masih terjalin….dan ia amat mengharukan saya…

Teringat momen manis semasa majlis perkahwinan kami lebih 10 tahun lepas…saya menerima panggilan dari seorang sahabat warga Amerika yang pernah tinggal sebilik semasa belajar dahulu…panggilan ‘surprise’ dari Jessica untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinan saya…Thanks Jessica!

Semasa majlis bertandang ke rumah suami pula, saya lebih terkejut dan terharu…sekumpulan kakak dan makcik2 dari Jepun datang ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan kami…melihat sahaja kami turun dari kereta , mereka meluru ke arah kami…dan ada yang menangis dan memeluk suami…suasana hening seketika..mereka begitu gembira dapat berjumpa suami kembali…kata mereka anak-anak ingin ikut sekali tetapi pada masa itu waktu persekolahan di Jepun jadi mereka  ditinggalkan dengan bapa masing2….malah mereka juga cukup seronok mencuba pakaian songket saya…persahabatan suami dengan kumpulan ini bermula bila suami turut terlibat dalam kelas bahasa anjuran komuniti di sana….keakraban persahabatan membawa mereka ke Malaysia..dan kami mendapat pelbagai hadiah yang menarik…

Dan ketua jabatan suami juga berbangsa Jepun datang sendiri ke Bruas…tak sesat katanya..dan saya kagum sekali lagi..kerana dia memandu seorang diri dari Penang dan tidak pernah melalui jalan ke Bruas sebelum ini…

Bila teringat momen-momen manis ini kembali, saya ingin sekali berjumpa lagi dengan mereka semua, terutamanya rombongan dari Jepun itu…Saya selalu ingatkan suami..bila kami ke Jepun suatu hari nanti, bawakan saya ke rumah mereka yang pernah datang semasa majlis perkahwinan kami….!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: