Menjelang Raya (Episod 2)

Sejak kebelakangan ini ingatan saya semakin kuat mengingati arwah abah, apatah lagi bila Syawal yang bakal menjelma..pilu, sedih, rindu semuanya bercampur baur…

Waktu ini jika arwah abah masih ada tentu dia sedang sibuk mengecat pagar atau luar dalam rumah… seingat saya selepas arwah abah pencen dari tentera, itulah antara aktiviti yang paling digemarinya di hujung Ramadhan…kadang-kadang emak bising juga sebab bau cat yang kuat..tapi abah buat selamba sahaja…

Dulu setiap kali menjelang raya saya tak lupa belikan abah baju kemeja baru…abah cukup suka dan dia akan memakainya bila hendak pergi ke rumah saudara-mara bila tiba hari raya…

Dan abah tidak pernah jemu menjadi Master Chef di malam raya, sibuk memasak rendang dan merebus ketupat nasi Adabi untuk dimakan di pagi hari raya….Tengahari hari raya pula, arwah abah tak lupa memasak nasi dan lauk-pauk seperti biasa kerana abah dan saya memang tidak senang duduk kalau tidak dapat makan nasi di waktu tengahari…begitulah abah..cukup ringan tulang membantu emak di dapur…Kadang-kadang emak pun disuruh keluar ke depan…abah ingin masak seorang!

Dan sejak 2 tahun lepas, semenjak abah pergi dijemput Ilahi semua itu tiada lagi….tiada lagi bau cat baru..tiada lagi jenaka spontan abah di dapur… dan saya anak manjanya kini amat merindui semua kenangan manis itu…terbayang-bayang abah sabar duduk di sofa menunggu kepulangan kami….

Kini…setiap kali raya, hanya pusara sepi abah yang menanti kedatangan kami….tiada lagi tangan abah untuk saya cium tatkala memohon kemaafan di pagi hari raya….Hanya doa yang mampu saya kirimkan, moga arwah abah tenang dan bahagia di sana…..”Selamat Hari Raya Abah….”

2 responses to this post.

  1. Al-Fatihah buat arwah abah akak..

    Selamat Hari raya buat akak sekeluarga..Raya nanti jemputlah datang rumah kak..🙂 Nak jumpe aiman handsome..🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: