Menjelang Raya (Episod 1)

Lama dulu saya pernah membaca kisah benar tentang seorang suami yang terpaksa menceraikan isterinya kerana boros berbelanja….kemuncak pertelingkahan mereka bila si isteri menukar perabot seisi rumah dan kereta menjelang hari raya tanpa meminta izin suami terlebih dahulu….walaupun masih sayang, suami terpaksa berundur setelah perangai si isteri tidak pernah dan mahu berubah!!

Saya mengambil kisah ini sebagai pengajaran dalam hidup berumahtangga kami…bohonglah jika saya tidak pernah terfikir untuk membeli barang kemas baru atau sekurang-kurangnya menukar  langsir baru  bila menjelang hari raya…tetapi saya berpijak semula di bumi, menerima kenyataan yang kami perlu bijak menggunakan wang yang ada sebaik yang mungkin kerana ketika ini kos rawatan Aiman memerlukan lebih dari itu..

Jadi cukuplah menyambung kontrak lebih 10 tahun membersih rumah, mengganti langsir dengan langsir sedia ada, mengelap balang kuih yang masih nampak baru, membersihkan jambangan bunga dan membasuh sarung sofa jika perlu….

Asalkan kami masih boleh tersenyum selepas raya dengan tidak memikir tentang bayaran ansuran baru, tentang wang yang habis dek berbelanja habis-habisan untuk raya….itu sudah cukup dan saya masih merasa bahagia….!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: