Aiman, Mimpi & Realiti…

Selalunya bila di rumah, memang saya tidak tidur selepas bersahur…tetapi selepas subuh di Selayang, memikir tentang PDCA Aiman tak sedar saya tertidur….

Terkejut melihat suami membawa 3 ekor ikan yang cukup besar….dan rupanya masih hidup, melompat-lompat di lantai…Aiman yang sedang duduk bersama saya, tiba-tiba bangun, berdiri dan berlari ke arah ikan-ikan dengan penuh keseronokan untuk menangkap ikan-ikan yang melompat-lompat….Ya Allah! Aiman berlari…dan Aiman baru perasan dia berlari, berdiri tegak sebelum saya memanggil suami dan suami sempat menyambut Aiman dari jatuh semula…………….Bunyi hon kereta dari luar mengejutkan saya…saya bermimpi..dan ini kali kedua saya bermimpi perkara yang sama, cuma dalam situasi berbeza……kalaulah ia benar……..bisik hati kecil saya..

Ahad lepas semasa ke sesi OT Aiman, saya terserempak dengan seorang gadis India berumur 15 tahun yang juga CP…Dia hanya menggunakan tangan kirinya seperti Aiman dan tangan kanannya mengkerekot ke dalam…..Melihat keadaannya, saya berjanji pada diri saya (tentang tangan kanannya), ia tidak akan berlaku pada Aiman…Mungkin tangan kanan Aiman akan lemah juga tetapi saya akan berusaha memastikan tangan kanan Aiman dalam posisi yang betul..

Sejak dari minggu lepas juga saya perasan Aiman boleh mencapai dan bermain dengan jari2 kedua-dua kakinya dengan tangan kirinya,sesuatu yang dia tidak mampu buat sebelum ini…tangan kanan Aiman juga sejak kebelakangan ini semakin aktif cuba memegang barang walaupun masih lemah…

Semasa saya melakukan streching tangan kanannya, tangan kiri Aiman turut ‘membantu’ menarik2 jari-jari comel tangan kanannya. Mendengar orang berzikir dan membaca Al-Quran, Aiman mengikut dengan gembira walau dengan ‘bahasa’nya sendiri….Malah bila ‘bercerita’ dengan saya siap dengan aksi tangannya…Alhamdulillah!!

Semuanya menguatkan semangat saya meneruskan latihan fisio, OT dan ST di rumah dengan lebih aktif serta meneruskan rawatan alternatif untuk Aiman…Saya yakin tindakan dan sokongan dari kami semua boleh mempercepatkan proses pemulihan Aiman..

Saya ingin menjadikan mimpi saya menjadi realiti…saya ingin melihat Aiman berlari mengejar bola, berkejar-kejaran dengan Aina dan Alya di halaman rumah dan mengayuh basikal Doraemonnya…

Saya pernah memberitahu suami, jika Allah izinkan Aiman berjalan, bila cukup umur Aiman, kami semua akan ke tanah suci membawa Aiman Si Hebat CP ……Nazar saya..dan air mata saya tumpah lagi….

“No limits for Aiman Si Hebat CP “…

3 responses to this post.

  1. Posted by ct-su on September 13, 2011 at 11:40 pm

    Salam. Belum berkesempatan nak baca blog ini namun satu entri yang saya baca cukup mengujakan. Anak saya pun namanya Aiman, Aiman Haziq, berusia 3 tahun, ada masalah kromosom dan juga dikategorikan as CP.Semoga kita akan terus jadi ibu bapa yang kuat untuk anak kita….

    Reply

  2. Posted by lyana on September 14, 2011 at 4:19 pm

    Ju..mengalir air mata baca blog Ju..semoga terus tabah dan jadi supermum utk aiman dan anak2….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: