Mengingati Hari Nuzul Al-Quran

Lelaki itu berkata, “Bacalah wahai Muhammad dengan nama Tuhanmu yang menciptakan sekalian makhluk, Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah; Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”……………

Muhammad berkata, “Selepas aku membaca ayat ini lelaki tadi pun hilang.” Muhammad menjadi semakin takut apa sebenarnya yang sedang berlaku pada dirinya. Pada masa yang sama, Siti Khadijah berada di rumah. Beliau merasakan ada sesuatu yang berlaku pada suaminya. Siti Khadijah menghantar pekerjanya melihat Muhammad di Gua Hira’. Pada masa itu, Muhammad sudah bergerak turun dari gua sambil berlari selepas mengalami peristiwa besar tadi. Apabila pekerja tiba di gua, dia mendapati Muhammad tidak ada di situ. Dia mencari sekeliling pun tidak ada. Pada masa itu, Muhammad sedang berlari menuju ke Mekah.

Tiba-tiba semasa Muhammad berlari itu datang suara dari langit memanggil, “Wahai Muhammad.”

Muhammad berkata, “Pada masa itu, aku mendongak ke langit, aku melihat pemandangan yang paling pelik bagi seorang manusia. Pada masa itu, aku melihat Jibril sedang duduk di atas Arasy, di atas udara dengan 600 sayapnya memenuhi langit dari timur ke barat. Ke mana sahaja aku pandang, aku tetap nampak Jibril.”

Jibril menyeru, “Wahai Muhammad, engkau pesuruh Allah, akulah Jibril.”

(Petikan dari ‘Biografi Muhammad Bin Abdullah-Perjalanan Seorang Nabi’)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: