Suami di sisi…

Sewaktu menunggu Occupational Therapist sampai tempoh hari, saya berbual-bual dengan seorang kakak yang turut membawa anak istimewa perempuannya yang berusia 12 tahun….melihat suami yang turut menemani saya, dia mengeluh…katanya hanya dia yang selama ini membawa anaknya ke hulu hilir untuk rawatan…tidak kuat katanya…sangka saya kakak ini mungkin seorang ibu tunggal, tapi menurutnya suaminya masih ada, tapi tidak begitu peduli tentang rawatan anak perempuannya….

Saya cuba meletak diri saya dalam keadaan kakak ini…pasti sedih..mempunyai anak istimewa sudah merupakan satu ujian, menanggungnya seorang diri pasti diri merasa tidak kuat dan tiada sokongan sedangkan suami ada di sisi…

Alhamdulillah, sepanjang rawatan demi rawatan, terapi demi terapi, suami sentiasa ada di sisi menemani saya…ada masanya, sesekali saya berasa terlalu sedih bila memikirkan masa depan Aiman, suami pasti meniup semangat kembali pada saya….menyakinkan saya bila tiba masanya Aiman pasti boleh berjalan dan bertutur….

Suami memberi kekuatan, tidak pernah saya mendengar dia merungut menyesal malah jarang sekali memberitahu dia keletihan walaupun terpaksa memandu 4-5 jam selepas waktu kerja, 2-3 minggu sekali ke Kuala Lumpur untuk rawatan akupuntur Aiman…dan kini mula memandu sekitar jam 3 pagi setiap hujung minggu ke Felda Gedangsa…Bila tiba masanya Aiman pergi untuk sesi follow-up di hospital suami memgambil cuti 1/2 hari..dan bila terapi Aiman semakin bertambah di hujung minggu (hanya terhenti seketika kini untuk memberi laluan kepada rawatan kak Raw), suami tetap di sisi..berkongsi segalanya…

Doa saya….semoga suami sentiasa terus ada di sisi memberi kekuatan, dorongan dan menjadi inspirasi kepada saya dan anak-anak…Dipanjangkan umurnya, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang bertambah, dan jodoh yang berkekalan……Insya-Allah.

4 responses to this post.

  1. Posted by lyana on September 14, 2011 at 4:05 pm

    InsyaAllah Ju…Allah beri satu dugaan namun Allah juga kurniakan Ju nikmat dengan mempunyai suami yg sebegitu..InsyaAllah semoga jodoh berkekalan…

    Reply

  2. Posted by zuren ahmad on September 30, 2011 at 10:12 am

    ju..kitakan antara selected ones..Allah tau kita mampu go through this..Allah x kan uji hamba2 nye diluar kemampuan hamba itu sendiri..Hanya Allah yang tahu apa hikmah disebalik ujian kat kita ni..

    Reply

  3. Posted by kjue :) on October 3, 2011 at 10:47 pm

    amin..

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: