Puasa Anak-anak..

Rasa macam sekejap sahaja puasa tahun ini…dah masuk hari ke-11 pun..Alhamdulillah, Allah S.W.T panjangkan umur kita untuk sama-sama menikmati keindahan Ramadhan kali ini…

Alhamdulillah, Aina yang baik hati dan Super Alya pun masih tak tinggal puasa..tahun ni nampak mereka tidak terlalu letih macam tahun lepas. Waktu sahur pun senang nak kejutkan..cepat sahaja bangun..berbanding dulu..Waktu bersahur Aina dan Alya makan nasi..dan Alya akan minum air milo, Aina pula tak kisah…

Walaupun cuaca panas, nampak mereka okay, macam waktu pergi bershopping hari tu…mak dia pulak yang dah menggeletar lutut…Alya merungut juga bila nampak non-muslims dok makan-makan di area Jusco…’Apalah depa tu Ma..dok makan, dah la Ya puasa’….teringin juga la tu…sabar yer Alya..

Dulu kak Kiah selalu cakap Aina waktu mula belajar puasa macam kain buruk…punya tak larat….lucu jugak bila kak Kiah umpamakan macam kain buruk…Jadi bila tahun lepas Super Alya pun macam kain buruk, saya ingatkan dia kembali…pantas dia menjawab..’Ma, Ya tahun ni tak macam kain buruk dahkan…macam basikal..keras, kuat kan Ma…’ Aina pula dah sedia mantop!! Waktu petang mereka siap boleh berbasikal….cuma saya yang kurang nak bagi..coz nak memasak…memang saya tak benarkan diaorang keluar dari halaman rumah jika saya atau suami tiada untuk mengawasi mereka!!

4-5 hari masa awal puasa, saya ‘bebaskan’ mereka daripada jadual…Aina dan Alya dibenarkan melakukan aktiviti bebas tapi homework kena siap jugak dulu…dan sekarang dah on track balik..Super Alya pun dah dapat menyesuaikan diri dengan keletihan berpuasa sambil belajar..

Waktu berbuka semestinya masa yang ditunggu-tunggu..oleh semua..Aina siap buka full screen GMT Malaysia di netbook. Saya masak sederhana sahaja, macam selalu..tak nak membazir..sebabnya waktu berbuka air lah yang paling sangat-sangat diperlukan..Aina dan Alya cukup suka kalau saya buat air buah…

Ada seorang lagi yang paling teruja waktu berbuka…siapa lagi kalau tak Aiman Si Hebat CP…waktu puasa Aiman makan tengah hari seorang diri..tak meriah..makan pun tak banyak. Jadi bila time berbuka, dia pun nak minum dulu sebelum makan nasi…siap telan air liur dan jelir lidah sambil ketawa…makan tok sah cakap la…kalah orang yang berbuka…semua nak rasa..siap tepuk bahu dan cakap..’nak,nak..’…minta kami cepat suapkan…..tahun lepas, Aiman selalu tertidur kat walker masa makan berbuka puasa…perut dah kenyang, mata mengantuk…zzzzzzz, kami pun tak perasan…dan kami pula yang ketawa…!!

…Moga Ramadhan ini lebih mengeratkan hubungan kita…satu famili…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: