Aiman & Seni Bercakap-cakap Part 2

Pagi Ahad lalu sekali lagi kami ke Penang membawa Aiman untuk sesi speech therapy pertama….dan Aiman pun mula meragam…malu dan hendak menangis….kami dan Ms Ooh cuba memujuknya…mula-mula tu Aiman tak mahu..dan saya dah terbayang RM 66.60 caj sejam yang melayang2…tetapi tidak sampai 10 minit kemudiannya Aiman sudah ok kembali moodnya…Alhamdulillah…rasanya bukan apa, kehadiran 2 pelatih comel daripada USM yang tidak dikenalinya membuat si  teruna kecil ini menjadi pemalu..

Sepanjang sesi dijalankan saya memang membuat pemerhatian yang teliti…mencatat apa yang perlu…aktiviti seperti semasa Ms Ooh membuat assesment dulu cuma kali ni ada tongue exercise….Aiman siap macam nak termuntah jer gayanya…

Selesai aktiviti macam biasa Ms Ooh memberi homework lagi, termasuk daily task mengurut bahagian muka Aiman dan tongue exercise….semuanya untuk oral motor Aiman…aktiviti lain perlu diteruskan macam biasa….Ms Ooh meminta kami menambah sesi PT (Physiotherapy) dan OT (Occupational Therapy)  Aiman…untuk meningkatkan motor skillnya. Menurut Ms Ooh bila motor skill Aiman bertambah baik, Aiman akan lebih cepat boleh bertutur dengan pertuturan yang jelas…kerana semuanya saling berkait  antara PT, OT dan memberi kesan kepada ST….dan dia juga nampak potential Aiman untuk boleh bertutur…Alhamdulillah!!

Jadi saya dan suami berbincang kembali…dan memutuskan  untuk berusaha  mendapatkan sesi PT di hospital yang berdekatan dengan rumah kami…Untuk OT, kami baru sahaja menambah 3 sesi setiap hujung minggu jika tidak ke KL di development center berdekatan rumah kami. Kami juga akan berbincang dengan Physio dan Occupational Therapist sedia ada bagaimana untuk mempertingkatkan lagi motor skill Aiman…!! Ganbatte!! 

“No limits for Aiman Si Hebat CP “…

2 responses to this post.

  1. Posted by azni falina auziz on January 11, 2012 at 10:06 am

    Assalamualaikum..saya tertarik dgn story puan aboun your son..my daughter pun blom lg boleh becakap..now umur anak saya dah mencecah 3 thn 4bln..saya amat berharap ank2 seperti mereka dapat bercakap dengan petah..insyaAllah

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: