Jom shopping baju raya..

Selepas sesi occupational therapy Aiman pagi Sabtu, kami membawa anak-anak membeli baju raya..cadangnya hendak membeli di KL minggu lepas selepas sesi akupuntur Aiman, tetapi selepas terperangkap dalam kereta lebih 2 jam dek kesesakan jalan raya di tengah KL, mood membeli-belah terus hilang…Padahal semasa hujung minggu biasa, perjalanan dari The Tole ke Jalan TAR hanya mengambil masa kurang 15 minit…

Setelah membeli jubah untuk Aina dan baju kurung untuk Alya kami ke OFO di Alma, Bukit Mertajam untuk membeli pakaian anak-anak…memang setiap tahun menjelang raya kami akan ke sini…dapat membeli pakaian berjenama yang dijual dengan harga yang cukup berpatutan…kali ini kami membeli seluar jeans Levi Alya yang berharga RM 49.90, seluar jeans Gap Aina berharga RM 79.90 dan seluar DKNY Aiman cuma berharga RM39.90…untuk ahli seperti kami, masih ada diskaun bagi sesetengah item…bukan kami mengejar jenama tetapi pakaian yang dibeli di sini berkualiti, tahan lama dan lasak, walaupun ‘outdated’ sedikit…jika kami membeli pakaian berjenama yang terbaru, memang harganya lebih mahal…dan pastinya kami juga tidak mampu membelinyanya…buat masa ini!!  Dari OFO ke Jusco…kebetulan suami mendapat voucer percuma…apalagi bershopping untuk baju raya Aiman pula..

Jadi petang Sabtu lepas, misi membeli baju dan kasut raya anak-anak hampir selesai…cuma belum berkesempatan membeli tudung yang sepadan…Kami pula?? Suami memang tak kisah untuk membeli baju raya dari dulu..cuma sesekali sahaja, itupun jika benar2 berkenan..dan saya pula cukup dengan sepasang baju kurung seperti tahun2 lepas kerana saya jarang memakai baju kurung…stok baju kurung yang tersimpan di almari masih elok dan masih boleh dipakai…cuma tahun ini suami belikan blouse baru yang saya berkenan untuk raya…Thank you dear..!!!

2 responses to this post.

  1. Salam.
    Awalnya shopping raya. Orang kata kalau beli last minute ada diskaun kan?
    Kenapa beli awal2?

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: