Telur dadar Sheila Rusly..

Aiman pun dah tidur…dan saya pun dah dapat semula hak untuk netbook ini…saya cerita pula pengalaman puasa kali ini dan dulu-dulu..

Dulu masa saya bekerja memang berbuka dengan lauk tunjuk sahaja..memang tiada pilihan kerana selalunya kami tiba ke rumah ngam2 sahaja sebelum azan Maghrib berkumandang atau berbuka dengan air mineral dalam kereta...saya hanya memasak untuk juadah berbuka pada hujung minggu sahaja….bila cerita bab tunjuk-menunjuk ni memanglah menyesal jugak kalau ingat…semua teringin kalau pergi ke bazar ramadhan..ayam percik, ikan pari bakar, nasi kerabu, masak lemak, nasi minyak, tepung talam, cucur udang…sampai apam balik pun teringin….sekali pergi mau dekat RM 15 – RM 20…

Waktu berlalu bila Aina belajar berpuasa pertama kali…Aina dan Alya jarang nak ikut balik kerana di rumah pengasuh,mereka dapat makan beramai-ramai….pengasuhnya, Kak Kiah tinggal dengan adik-beradik yang lain…jadi sudah pasti lebih meriah dengan lauk-pauk yang dihidang dan gelagat anak-anak saudara kak Kiah….kerana itu Aina selalu nak berbuka di rumah kak Kiah. Kami pula singgah di mana-mana restoran yang ada di sepanjang jalan balik ke rumah…mengira restoran mana yang sudah pergi…atau tunjuk lagi!

Dan sewaktu kami mempunyai bibik pertama dan terakhir itu, bibik pula yang memasak hidangan berbuka puasa…Dia memang pandai memasak lauk-pauk dan kuih…jiran-jiran pun memang selalu dapat kuih kegemaran kami risoles (lempeng yang diisi sayuran dan kemudiannya digoreng)…kami pun tak kisah untuk berkongsi….sehinggalah bibik lari ….dan saya lebih sedih berbanding geram kerana memikirkan apa salah saya dan suami..??? Bila kawannya menelefon, bibik mau kembali, menyesal ditipu…kami sudah pun amat tawar hati….selepas itu juadah tunjuk disambung kembali…kali ini pastinya belanja menjadi lebih tinggi….

Kini…semuanya dimasak sendiri…pastinya lebih jimat…dan saya pulak tak perlu bersesak-sesak membeli juadah berbuka di bazar ramadhan…cuma kuih sahaja suami akan beli sewaktu balik dari kerja…sesekali kami akan berbuka di luar…

Jadi menu hari ini…..Sup ekor siam, kangkung goreng belacan dan telur dadar ala Sheila Rusly…..cukuplah tu…nanti suami beli kuih lagi….Alhamdulillah!! 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: