P.D.C.A

Kitaran PDCA ini selalunya dipraktiskansecara rasmi di tempat kerja sebagai tool untuk mencapai sasaran or matlamat kita dengan tujuan untuk menambahbaikan sesuatu perkara….

P=Plan (Rancang apa yang ingin dicapai), D=Do (Bertindak!), C=Check (Periksa/nilai semula tindakan, adakah sudah mencapai sasaran atau tidak) , A=Act (Jika ya, maintain & pantau…tetapi jika tidak, lihat semula pelan tindakan dan tindakan anda semula, sebelum tindakan pembetulan diambil)  …cuma kadang2 kita terlupa kita juga boleh menggunakannya dalam semua hal, termasuk rumah tangga..untuk tujuan pendidikan, kewangan, hubungan, mendisiplinkan anak-anak, makan angin atau apa saja..

….Untuk Aina dan Alya, tool ini saya gunakan bagi meningkatkan prestasi pelajaran dan untuk mendisiplinkan mereka…Alhamdulillah ia nampak berhasil walaupun masih memerlukan pemantauan dan tindakan susulan dari masa ke semasa…Syaratnya mudah sahaja….jangan tinggalkan sebarang langkah…dan nyatakan di kertas…..bukan di fikiran sahaja…supaya kita lebih nampak dengan jelas apa yang ada dalam PDCA kita ini…

Jadi perkara yang sama juga saya sedang lakukan untuk Aiman si Hebat CP….Walaupun tahap brain injury Aiman PLV di tahap maksimum yang memungkinkan kesukaran maksimum dalam pergerakannya..tetapi kami tidak akan beralah dengan maklumat ini…saya sedang berusaha untuk menggunakan tool ini dan menterjemahkannya di atas kertas….meletakkan target di usia berapa Aiman akan duduk dan berjalan sendiri, merancang strategi untuk mencapainya (dan pastinya saya dan suami memerlukan lebih ilmu tentang CP itu sendiri), bertindak, menilai semula, mengambil tindakan susulan selepas penilaian dan seterusnya….

Dan semoga setiap kitaran PDCA kita itu sentiasa diiringi dengan syukur dan berserah kepada-NYA selepas berusaha!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: