Bila Aiman berendam..

Petang kelmarin macam biasa saya membawa anak-anak ke kolam renang….lama jugak tak pergi…ada saja halnya….so memandangkan minggu depan dah mula puasa, memang kena la jugak pergi…

Selalunya bila pergi, Aiman samada duduk kat tepi kolam tengok Aina berenang or Alya berlatih berenang/bermain or minta saya dukung bawa berjalan dekat sejam….memang sakit belakang lepas tu…kesian jugak kat Aiman, nampak dia macam teringin sahaja hendak masuk ke dalam kolam….

Kelmarin, keterujaannya dah sampai ke tahap maksimum agaknya….mulanya tu saya bagi main air di tepi macam biasa…kemudiannya Aiman mula menjerit bila saya mendukungnya…kali ni saya lipat seluarnya dan rendamkan kakinya  ke dalam air….seronok bila saya lihat kaki Aiman bermain air, kiri kanan, kiri kanan menendang air…Master Velah, guru renang Aina yang melihat gelagat Aiman berkata ‘Kak, bagi dia masuk kolam kak…main air, nanti dia boleh okay..’ Master Velah memang tahu keadaan Aiman. Memang betul katanya…saya juga pernah membaca artikel yang kanak2 CP boleh menunjukkan prestasi yang memberangsangkan bila mereka menjalani terapi air dan terapi kuda….bukan tak mahu, cuma saya kena masuk sekali…dah tentu tak boleh kerana saya perlu memantau Aina ketika dia pergi berenang di kolam dewasa….dan saya tidak pernah meninggalkannya berenang seorang diri…walaupun semasa Master Velah ada memerhatikannya..

Kesian melihat Aiman menangis…’Ma nak, Ma nak’…bila saya mengangkatnya…Master Velah ke biliknya mengambil pelampung kecil….’Tak dak seluar pun tak pa lah kak’….apalagi Aiman pun kena bolen la….duduk dalam pelampung…..punya ketawa, punya teruja…akhirnya dapat berendam juga!!

Rasanya tahun ni bukan saja kena shopping baju raya tapi baju renang raya sekali…..!!! Pastinya untuk Aiman, suami dan Aina…saya?? Kalau dapat seronok juga!…Lepas raya nanti kena tukar schedule berenang Aina n Alya, supaya Aiman dan hubby dapat berendam sekali, dan macam biasa saya jadi pemerhati PBB…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: