Ramadhan Datang Lagi…

Alhamdullillah, Ramadhan bakal muncul lagi… teringat kenangan manis 4 tahun lepas…anak sulung saya Aina yang berusia 5 tahun ketika itu mula belajar berpuasa. Waktu itu saya masih bekerja, Aina dan Alya tinggal di rumah pengasuh yang ayahnya seorang bekas Imam.  Seingat saya, Allahyarham Tok Wan yang bertegas meminta Aina berpuasa…Syukur kepada Allah, walaupun agak sukar pada mulanya, tetapi berkat sokongan dan galakan daripada semua, tahun itu Aina berpuasa 29 hari tolak 1 hari kerana demam. Pada tahun-tahun berikutnya Aina berjaya berpuasa penuh.

Alya juga mula berpuasa sejak tahun lepas…dia ingin mencuba…waktu itu umur Alya belum  genap 5 tahun kerana birthdaynya jatuh pada bulan 12…dan pada waktu ini, saya telah menjadi suri rumah tangga sepenuh masa…Alhamdulillah, dalam keletihannya Alya cukup sebulan berpuasa…Alya bercerita, di tadika cikgu hendak memberi makanan tetapi Alya menolak…dia berpuasa katanya…

Itu cerita saya, bagaimana pula dengan ibu bapa yang lain…Permulaan puasa bagi anak-anak kita  sememangnya satu cabaran besar bukan sahaja kepada mereka tetapi kita juga….. Sebagai ibu bapa rasanya kita perlu mula mendidik anak kita berpuasa seawal mungkin tetapi biarlah dengan cara dan persekitaran yang positif dan saya akan berkongsi pengalaman manis ini….

Masuk sahaja bulan Sya’ban, rajin-rajinlah berbicara dengan anak-anak mengenai puasa…juga tentang hikmah dan ganjarannya. Berilah penerangan yang mudah tetapi tepat kepada anak-anak kita supaya mereka senang memahami. Bercerita tentang tentang peristiwa-peristiwa  di bulan mulia seperti hari Nuzul Al-Quran dan malam Lailatul Qadar. Semasa saya mengqada puasa, mereka bertanya juga dan saya akan memberitahu…Selalunya Aina akan bertanya…Alya pula bakatnya membuat kesimpulan cerita…dan selalunya tepat!!

Beruntung juga kerana di Tadika Cahayaku Al-Itqan perihal berpuasa diberi pendedahan..sejak minggu lepas cikgu di tadika Alya meminta murid-murid menghafal niat berpuasa dan niat berbuka puasa….dan berlatih di rumah..

Di awal puasa, Alya selalu merengek kelaparan….dan asyik bertanya berapa jam lagi Ma…kadang-kadang geram juga..tapi sabar ajalah…lucunya bila panas Alya akan buka peti ais dan duduk….apalagi kena ceramahlah! Aina sudah cukup memahami walaupun adakalanya merungut keletihan dan dahaga bila pulang dari sekolah..selalunya tertidur di depan TV….Kepada Alya, kami sering memberi galakan dan memberitahu, Allah suka orang yang berpuasa dan Alya akan mendapat pahala besar jika terus berpuasa….dan Alya akan membalas bila berpuasa dia akan masuk syurga!! Yang penting kita jangan cepat mengalah….melainkan jika kita melihat anak kelihatan sangat lemah, berilah kebenaran untuk berbuka puasa.

Sepanjang bulan puasa, saya dan suami akan memastikan Aina & Alya bangun bersahur dan menjamah makanan…walau mengantuk …mereka tetap bangun dan makan samada nasi, roti, cornflakes atau paling tidak nestum….dan wajib memakan buah kurma dan minum air secukupnya…Saya juga membeli jus kurma dan ada juga membuat sendiri kerana jus kurma memang dapat memberi tenaga sepanjang hari…cuba jangan tak cuba!!

Selain itu saya tunaikan menu yang ingin Alya atau Aina makan untuk berbuka sebagai dorongan untuk mereka menahan diri sehingga tiba waktu berbuka puasa.

Hanya untuk permulaan,tidak salah rasanya memberi imbuhan seperti memberi hadiah  kepada anak-anak kecil kita sekiranya mereka berjaya melaksanakan ibadah puasa…dan itu juga saya lakukan kepada Aina (ketika kecil) dan Alya…tahun ini rasanya tidak perlu lagi kerana Alya semakin faham..dan dia begitu teruja menunggu Ramadhan tiba!!

Bertindak dan berjaya!

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: